Tak serik! Lagi geng gelang pink selamba makan di restoran

TIDAK serik kes geng ‘gelang merah jambu’ yang tidak bertanggujawanb.

Terbaharu, seorang lelaki yang memakai ‘gelang merah jambu’ ditahan selepas disyaki melanggar syarat kuar4ntin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Cov1id-19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan restoran itu kira-kira pukul 7.30 malam setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam (Sabtu) hingga 16 Oktober depan selepas ujian saringan Cov1id-19 di klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan keputusan (uji1an sari1ngan) masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, lelaki itu akan direman pada Isnin bagi membantu sias4tan kes yang dijalankan mengikut Seksy3n 269 K4nun Keseks4an iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan mereb4knya peny4kit yang membahayakan kepada ny4wa.

Selain itu, katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksy3n 22(b) Akta Penceg4han Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangk1tan) (No. 8) 2020.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuar4ntin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri. – Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak serik! Lagi geng gelang pink selamba makan di restoran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*