“Semoga Allah Terima Taubat Saya” – Sana Khan

Aktres popular Bollywood, Sana Khan memutuskan untuk bersara dari dunia hiburan buat selamanya.

Memetik laporan Hindustan Times pada 9 Oktober 2020, Sana telah memadam semua foto berkaitan dengan pembabitannya dalam dunia hiburan di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah perkongsian Sana di Instagram hanya tinggal 99 posting dimana kebanyakannya memperlihatkan imej serta mesej Islamik.

Sana juga berharap agar keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Saya mengumumkan mulai hari ini saya telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan selamanya.

“Saya akan aktif dengan aktiviti kemanusiaan dan menuruti perintah Tuhan. Doakan agar Allah menerima taubat saya dan memberi keupayaan untuk saya hidup di jalan yang disuruh-Nya,” kata Sana.

Sana mula mencipta nama pada sekitar tahun 2005 dan telah membintangi banyak filem serta drama televisyen Bollywood.

Sumber : Hindustan Times

Kredit Foto : Instagram Sana Khan

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak