Nur Sajat Bakal Did4kwa Kerana Memiliki & Menjual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat bakal did4kwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Shah Alam esok, atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar.

Memetik laporan Harian Metro, Sajat akan berdepan 17 pertvduhan membabitkan pemilikan 11 produk kosmetik tidak berdaftar, lima kosmetik tidak bernotifikasi dan satu pertvduhan penjualan yang bukan keluaran berdaftar.

“Dia sebelum ini dikenakan waran tangkap oleh mahkamah sama pada Mac lalu selepas gagal hadir perbicaraan di mahkamah itu tanpa sebarang alasan kukuh.

“Bagaimanapun tindakannya menyerah diri selepas itu menyebabkan dia tidak ditahan. Sebaliknya kes dihadapinya akan disebut semula di mahkamah pada jam 9 pagi esok,” kata seorang sumber kepada Harian Metro. 

Tambahnya lagi, Sajat sebelum ini ditudvh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dad4h dan Kosmetik 1984.

Difahamkan pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) KKM sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos tahun lalu, susulan maklumat penjualan produk memutihkan kulit tidak berdaftar.

Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat.

Tindakan diambil selepas pihak CPF menyamar dan membeli produk dijual itu sebagai bukti.

Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dir4mpas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.

“Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan D4dah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihvkum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dad4h 1952.

“Nur Sajat turut bakal did4kwa mengikut Peraturan 18(A),Peraturan-Peraturan Kawalan D4dah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 18A(15) peraturan yang sama,” jelasnya lagi.

Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahk4mah sama pada 14 Disember 2018 atas pertudvhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Malah Sajat pernah did4kwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahk4mah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, Johor, sebelum mer4mpas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak