Selepas Menghadap YDP Agong, Ini Yang Terjadi Pada Anwar Ibrahim Ketika Buat Sidang Media

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas sebarang komen sebaik sahaja meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun dikatakan akan membuat pengumuman penting dalam sidang akhbar khas pukul 2 petang nanti.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang akhbar mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM

Pada pukul 2 petang Dato Seri Anwar Ibrahim telah buat satu sidang media selepas beliau selesai mengadap Yang Dipertuan Agong.

Sebelum ini kecoh di media sosial dimana Anwar Ibrahim akan dinaikkan menjadi Perdana Menteri.

Dato Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan rakyat samada dia akan jadi PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau tidak. Menurut beliau perjumpaan beliau dengan YDP Agong adalah untuk menyerahkan dokumen yang menunjukkan beliau disokong untuk dinaikkan sebagai PM.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga YDP Agong akan meneliti segala fakta dan dokumen sebelum membuat apa apa keputusan.

Beliau memberitahu ketika sidang media bahawa YDP Agong akan berbincang dengan semua ketua parti.

Sidang media Anwar Ibrahim tamat pada 2.24pm selepas beliau menjawab beberapa soalan daripada pihak wartawan.

RAKAMAN SIDANG MEDIA

 

Sumber : HMETRO ONLINE / UTUSAN ONLINE

Edited By: AwattSyeikhhh Network

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:M.B

Be the first to comment on "Selepas Menghadap YDP Agong, Ini Yang Terjadi Pada Anwar Ibrahim Ketika Buat Sidang Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*