“Bek4s kekasih muncul semula tag1h cinta selepas popular”- Yonnyboii

SELEPAS dirinya semakin dikenali dalam industri muzik, penyanyi dan komposer muda Yonnyboii mengakui terdapat kenalan ketika di kolej yang pernah membulinya ingin berkawan semula.

Biarpun pernah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya namun Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, tetap memaafkan mereka tanpa menyimpan sebarang perasaan dend4m.

Menurut Yonnyboii, dia menyedari tidak ramai yang ingin mendekatinya disebabkan memiliki ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ketika zaman persekolahan.

Yonnyboii tidak simpan dend4m terhadap kenalan yang pernah membvlinya.

“Tiba-tiba ada yang nak berkawan dengan saya dan ada juga kawan-kawan waktu kolej yang pernah bvli saya hubungi semula. Malah, salah seorang itu juga sudah menjadi rakan kongsi perniagaan.

“Bagi saya, kita kena maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka, saya pun tak nak kawan dengan orang yang pelik.

“Tapi bila dah semakin matang, kita faham kenapa orang tak nak kawan dengan kita. Mungkin mereka tak boleh terima kita ini lain daripada orang lain dalam kelas.

Ada la juga cuba mendekati… bekas kekasih pun ada mencari saya semula.

YONNYBOII

PENYANYI

“Saya ada ADHD… setiap kali saya bercakap atau over excited akan jadi over-react. Bila kita terlalu teruja bila jumpa orang, itu yang nampak pelik,” kata Yonnyboii kepada mStar.

Penyanyi lagu Sak1t ini ditemui ketika malam Finale Suria Duo X yang diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar pada 4 April lalu, Yonnyboii berkata dia tidak mempunyai ramai kawan ketika di sekolah dan lebih gemar menyendiri, memendam rasa dan cepat m4rah.

Yonnyboii berharap dia tidak akan pernah bertemu dengan bek4s kekasihnya.

Dalam pada itu, Yonnyboii mendedahkan selain ada beberapa wanita yang cuba mendekati, bekas kekasihnya juga muncul kembali mencarinya.

Kata penyanyi lagu Salahku ini, dia sudah memaafkan wanita tersebut namun berharap mereka tidak lagi bertemu.

“Ada la juga cuba mendekati… bekas kekasih pun ada mencari saya semula. Dulu boleh katakan hari-hari saya buat lagu untuk dia tapi tidak pernah layan.

“Kalau saya ada perasaan iri hati, mungkin saya tidak akan layan dengan baik. Walaupun masih ada perasaan m4rah tapi saya sudah maafkannya. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu bertemu dengan dia lagi,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Bek4s kekasih muncul semula tag1h cinta selepas popular”- Yonnyboii"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*