Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain

Memikul tanggungjawab sebagai wartawan bukanlah satu perkara yang mudah. Di samping melaporkan informasi yang tepat dan jelas, mereka juga perlu tampil dengan imej serius agar penyampaian berita kepada penonton berjalan lancar. Namun begitu, wartawan juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan kecil. Kadangkala, kelucuan mereka yang berjaya dirakam menerusi siaran langsung cukup menghiburkan jiwa.

Kesian host, apa yang aku cuba lakukan tadi..

Terbaharu, mendapat perhatian ramai satu liputan siaran langsung daripada seorang wartawan bernama Nadia Zaman dalam segmen khas di saluran Bernama. Siapa sangka, berita serius ini bertukar lucu apabila wartawan berkenaan seolah-olah tidak menyedari dirinya sedang bersiaran secara langsung.

“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain

Sempat betulkan selendang & kutip ear pieces yang tercicir di lantai..

Berdasarkan klip video berdurasi 35 saat itu, wartawan Nadia dilihat sedang membetulkan selendangnya selain sempat mengutip ear pieces yang tercicir di lantai. Difahamkan, situasi melucukan itu terjadi gara-gara beliau tidak menerima sebarang cue daripada rakan setugasnya. Bagaimanapun saat menyedari akan hal tersebut, Nadia hanya ketawa melihat kesilapan yang tidak disengajakan itu.

“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain

 

Hello Nadia? Nadia di mana tu? Sila teruskan.. Nasib tak buat apa-apa yang pelik

Dikongsikan sejak semalam, klip video tersebut berjaya meraih lebih 14 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui terhibur melihat gelagat selamba wartawan berkenaan. Tidak terkecuali juga memuji sikap profesional wanita ini yang kekal tenang di hadapan kamera.

“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain“Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain

Sumber : Twitter nadiazaman_

Be the first to comment on "Nadia Di Mana Tu?” – Kamera Dah On Tapi Wartawan Sibuk Belek Benda Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*