Mengejutkan Tutup Semua Sekolah. Ramai Yg Setuju. Akhirnya Ini Kata Kata Yang Mengejutkan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

MALAYSIA: Peningkatan kes penularan tempatan cov-19 mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia. Apatah lagi jangkitan kini sudah menular dalam kalangan pelajar dan murid sekolah. Ramai ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat satu kes pelajar kolej dijangkiti cov-19 apabila saringan secara rawak diadakan untuk pelajar kolej di KLIA. Perkara ini menambah kebimbangan lagi apabila Universiti akan dibuka semula tidak lama lagi. Adakah ia akan membawa kepada satu peningkatan luar biasa pada masa akan datang ?

Jadi pada hari ini Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan Cov-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos. Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah Cov-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos. Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata perkara itu akan dilihat mengikut kes.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah). Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.

Ramai setuju jika sekolah ditutup

Kami ada bertanya di media sosial mengenai pendapat orang ramai sekiranya sekolah ditutup. Ramai yang bersetuju untuk menutup sekolah rendah. Mereka merasakan lebih baik tutup sekolah rendah kerana murid-murid tidak tahu dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ada juga yang berpendapat bahawa sekolah diteruskan bagi mereka yang mengambil peperiksaan besar sahaja. Bagi yang belum mengambil mereka ini ditangguhkan terlebih dahulu sesi persekolahan mereka. Namun ini adalah pertanyaan sahaja dan keputusan adalah terletak kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami melihat ada juga yang tidak menyokong penutupan sekolah takut anak-anak mereka ketinggalan dalam pelajaran. Jika buat kelas online ramai yang tidak mampu mengikutinya kerana rangkaian internet dan kemudahan phone atau laptop yang terbatas.

Terkini Mengejutkan Hanya 1 Kes Positif Covid 19 Dikesan Harini. Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Apa Yang Mereka Lakukan Sampai Kes Positif Covid 19 Boleh Capai Satu Angka Hari Ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 16 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan hanya 1 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (4 Ogos 2020). Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,684 kes secara keseluruhannya.

1 kes baharu yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan bertambah kepada 9,002. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi maklumat tersebut juga, 1 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini adalah merupakan kes tempatan. KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes yang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada hari ini.

KKM sukacitanya memaklumkan bahawa tiada pemergian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif pemergian berkaitan COVID-19 kekal sebanyak 125 kes atau pun bersamaan dengan 1.39% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Be the first to comment on "Mengejutkan Tutup Semua Sekolah. Ramai Yg Setuju. Akhirnya Ini Kata Kata Yang Mengejutkan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*