Bekas Suami Sempat Cakap, Takkan Ada Yang Nak Janda Anak Lima

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas curang dan berkahwin dua menjadi bualan hangat

Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa turut mengasari Nur Hidayu tanpa belas kasihan.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mengugut mahu mengambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya.

Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online.

Nur Hidayu mendakwa, bekas suami pernah dihidu menjalinkan hubungan dengan enam wanita, selepas program Imam Muda.

“Syed Faris tak menunjukkan sikap agresif ketika menjalinkan hubungan dengan lima wanita terdahulu. Namun, bersama wanita keenam.

Yang kini isteri baharu, sikapnya mula berubah.Ada kala tak pulang ke rumah selama tiga hari dan pernah mengasari saya.

“Bekas suami juga tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

“Bekas suami, seorang ustaz tidak mungkin tak tahu nafkah adalah satu kewajipan. Dalam ceramahnya mengenai isu poligami.

Dia sering menekankan suami perlu berlaku adil, tetapi kenapa tak amal apa yang diajar? Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak.

Syed Faris mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib dengan saya.

“Saya mahu mengubah persepsi masyarakat yang suka menuduh ibu tunggal suka mengganggu rumah tangga suami orang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "Bekas Suami Sempat Cakap, Takkan Ada Yang Nak Janda Anak Lima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*