(Video) Unik, Cikgu Ini Ajar Bahasa Inggeris Dalam BM & Kelas ‘Tuisyen Percumanya’ Bantu Ramai Lebih Faham

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk kita kuasai pada hari ini. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan sahaja membantu kita.

Dalam pelbagai urusan seharian, malah ia menjadi salah satu kriteria utama yang diperlukan untuk menjejakkan kaki ke alam kerjaya.

Pun begitu, pasti ramai yang bersetuju jika kita katakan salah satu aspek mencabar dalam mempelajari bahasa ini ialah memahami tatabahasa atau grammar.

Biasanya di kelas, kita diterangkan teknik tatabahasa menggunakan bahasa Inggeris sendiri.

Cara ini sememangnya bagus untuk membiasakan pelajar dengan penggunaan bahasa berkenaan, namun ia agak mencabar bagi golongan yang mempunyai asas yang lemah.

Anda juga boleh mengikuti kelas ‘tuisyen’ percuma Cikgu Rachel di Youtube.

Oleh itu, seorang guru, Cikgu Rachel telah mengambil inisiatif untuk mengubah cara ini dengan mengajar Bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.

 
Penerangannya cukup jelas dan mudah difahami. Jom tonton video beliau yang dikirim oleh salah seorang pengikut anda juga boleh mengikuti kelas ‘tuisyen’ percuma Cikgu Rachel di Youtube.
 

Sumber: Saadiah, Cikgu Rachel

Be the first to comment on "(Video) Unik, Cikgu Ini Ajar Bahasa Inggeris Dalam BM & Kelas ‘Tuisyen Percumanya’ Bantu Ramai Lebih Faham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*