Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa.
Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.
Dan setiap individu yang berada dalam kurungan PKPD dibuat saringan termasuk PATI juga disaring, kerajaan menanggung kos saringan terhadap mereka.
“Jadi tidak betul kalau kita katakan bahawa satu layanan yang tidak adil dibuat kepada mereka kerana mereka dikurung.
Kerana polisi dan SOP ini kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat Malaysia,” tegasnya.
Selain itu, dokumentari tersebut turut menuduh kerajaan melaksanakan arahan PKP berunsurkan perkauman.
“Menuduh tindakan kita bersifat perkauman ataupun rasis juga tidak benar, apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang.
“Pihak Imigresen menggunakan Akta Imigresen untuk menangkap dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
Dalam negara kita ataupun yang langsung tidak mempunyai dokumen,” jelasnya lagi.
Justeru, Aljazeera dituntut untuk membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas isu kontroversi tersebut.
Justeru, Aljazeera dituntut untuk membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas isu kontroversi tersebut.
Sumber: RTM, BERNAMA TV
Be the first to comment on "Saya Cabar Aljazeera Tunjuk Negara Mana Beri Kebebasan Mutlak Kepada Warga Asing Tak Berdokumen” – Ismail Sabri"