Saya bukan pengkhianat’ – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 2 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, March 2 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivering his special speech aired live on all television channels and social media platform tonight.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVEDP1

KUALA LUMPUR: ‘Saya bukanlah pengkhianat’. Itu tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada tuduhan yang melabel beliau sebagai pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, berkata keberadaan beliau sebagai pemimpin tertinggi kerajaan adalah untuk menyelamatkan negara daripada terus dilanda kemelut.

Katanya, beliau menerima menjadi calon Perdana Menteri dan disokong sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan sebelum kemelut politik melanda.

Dengan sokongan itu, saya telah terima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri. Saya tahu ada yang marah dengan saya dan ada gelar saya sebagai pengkhianat.

“Saya bukanlah pengkhianat, naluri saya jelas, keberadaan saya di sini adalah untuk selamatkan negara,” katanya.

 
Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "Saya bukan pengkhianat’ – Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*