Perlekeh Hari Jawi, netizen Cina mahu Jumaat ‘Hari Makan Babi’

Usaha kerajaan memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Malaysia yang perlu dipelihara menerima tentangan dalam kalangan netizen Cina di negara ini.

Bukan hanya dikritik, bahkan inisiatif yang dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut dihina dan diperlekeh oleh mereka,

Yang rata-ratanya ‘panas’ dengan usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. 

Ruangan komen Facebook beberapa portal berbahasa Cina mendapati, kebanyakan netizen Cina dengan biadab.

mengecam usaha Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selain mendakwa pelaksanaan itu disokong kuat anggota Kabinet MCA.

Adakah Jawi budaya Malaysia? Ahli politik yang berbalut kepala! Kita dah capai status negara maju,” tulis Kwee Fatt Chong.

“Tidak perlu memandu kereta lah! Naik unta dan berjalan kaki lebih baik,” tulis Lee Lih Yeong.

“Menteri Pengangkutan dalam Kabinet, Wee Ka Siong masih belum mengeluarkan kenyataan menyalahkan DAP?,” kata Yoon Kah Kian.

Adakah ahli politik sedang mengarabkan negara ini? Lupa dirinya Melayu? Sebagai orang Melayu sepatutnya meneruskan komunikasi dalam bahasa Melayu,” tulis Alan Chin Weng Lon.

“Kalau begitu pada hari Jumaat semua orang Melayu makan daging babi,” tulis 阿发 (A Fa).

“Saya menyokong dasar ini, pada hari tersebut saya akan mengadakan jamuan babi, sambil minum arak dan menulis Jawi, baguskan?,” kata 甘子毅 (Gan Zi Yi).

“Kami masyarakat Cina juga mengumumkan hari Jumaat adalah ‘Hari Makan Babi’,” tulis 赖改翔 (Lai Gai Xiang) dalam ruang komen Pocketimes.

Bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan itu bagi urusan rasmi mulai semalam.

Dr Zulkifli berkata, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Kredit Ismaweb

Facebook Comments

Be the first to comment on "Perlekeh Hari Jawi, netizen Cina mahu Jumaat ‘Hari Makan Babi’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*