Peguam: Rayhan minta maaf, sanggup dihantar pulang ke Bangladesh

Warganegara Bangladesh, Md Rayhan Kabir menyatakan kesediaannya untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

Dan meminta maaf atas kenyataannya dalam wawancara dengan Al Jazeera, menurut peguam yang menemuinya hari ini.

Dua peguam yang mewakili Rayhan, C Selvaraja dan K Sumitha Shaanthinni diberi kebenaran untuk bertemu.

Dengan klien mereka di ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya petang ini.

Menurut C Selvaraja, Rayhan tidak berniat untuk memburukkan pihak berkuasa.

Tetapi hanya berkongsi pengalaman peribadinya sendiri ketika melihat sendiri operasi imigresen tersebut.

Sumber : kini TV 

Be the first to comment on "Peguam: Rayhan minta maaf, sanggup dihantar pulang ke Bangladesh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*