Netizen Dah jumpa Rayhan Kabir. Sekali Dia Tanya Balik Soalan Mengejvtkan – Trending Habis

Nampaknya nama Rayhan Kabir kini menjadi sasaran orang Malaysia berhubung dengan dokumentari daripada Al-Jaz3era yang dikatakan kongsi cara layanan kerajaan Malaysia terhadap warga asing.

Pemuda yang ‘buka cerita’ ini telah mencetuskan kontroversi kerana menegaskan kononnya kerajaan negara Malaysia bersikap tidak berperikemanusiaan kepada pendatang asing tanpa izin.

Selepas video itu ditayangkan ramai yang marah dengan dokumentari yang dianggap berat sebelah itu. Ramai yang menzahirkan rasa marah diruangan komen, dengan ‘kuasa viral’ juga, ada yang mendedahkan nama pengguna Instagram Rayhan Kabir sehingga orang dapat menemukannya di media sosial walaupun tak berapa pasti jika itu adalah individu sebenar.

Netizen salah attack Rahyan Kabir

Baru-baru ini, seorang pemuda dikecam dan dituduh terlibat dalam video Al Jaz3era itu, ini kerana nama pemuda itu juga Rayhan Kabir. Oleh yang demikian, pemuda ini membuat gesaan secara terbuka kepada netizen menerusi WORLD OF BUZZ untuk berhenti daripada mengecam dirinya kerana mereka attack orang yang salah.

“Saya bangun hari ini, tengok banyak komen kebencian. Saya mendapat ratusan DM dan salah seorang ada berkata ‘balik lah kenegara kau, b*bi!’ Dan saya seperti, apa yang saya buat?”

Lelaki yang bernama Rayhan Kabir Rafin ini ada juga kongsikan komen-komen negatif yang dia terima.

Tambah Rayhan kepada WORLD OF BUZZ, dia berpindah ke Malaysia dari Bangladesh pada tahun 2017. Keluarganya menetap disini tetapi dia kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat.

“Ada seorang lelaki dalam video. Namanya Rayhan Kabir. Dia bercakap tentang bagaimana pekerja asing diperlakukan di Malaysia, terutamanya warga Bangladesh, says rasa. Saya orang Bangladesh. Saya suka Bangladesh. Tetapi banyak orang di bahagian komen itu entah bagaimana mereka jumpa Instagram saya dan mereka memberi komen dengan mengatakan bahawa saya lelaki itu.”

Ada berjuta orang lagi nama Rayhan Kabir kat dunia ni”

Kalau korang perhatikan video Al Jaz3era tu betul-betul, boleh lihat rupa mereka jauh beza, langsung tak sama dengan Rayhan Kabir Rafin. Dia kini sedang menjadi sasaran netizen untuk melempar tohmahan disebabkan nama dan bangsa sama. Korang tengok ni.

Rayhan mengaskan bahawa dia BUKAN netizen cari.

“Saya hanya mahu anda tahu bahawa saya bukan lelaki itu. Ini adalah Rayhan Kabir yang berbeza. Terdapat berjuta orang nama Rayhan Kabir di seluruh dunia. Saya tidak tahu mengapa mereka membenci saya. “

Malangnya walaupun setelah membersihkan namanya, beberapa netizen masih menyoalnya dengan bertanyakan samda dia kenal lelaki dalam video Al-Jaz3era itu hanya kerana mereka dari bangsa yang sama.

Namun begitu, Rayhan mengatakan, “.Saya tidak menjangkakan perkara ini. Orang Malaysia sangat ramah.”

Rayhan telah menyiarkan keseluruhan video yang menjelaskan keadaan ini di Instagram, sebelum ia dipadamkan.

Siapa Sebenar Rayhan Kabir?

Sektor pembikinan atau produksi filem bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai salah satu sektor yang membenarkan warga Bangladesh diambil bekerja.

Sumber berkata, permit kerja dalam sektor pembinaan yang dimiliki Rayhan kini memasuki tahun ketiga di negara ini untuk bekerja dalam sektor pembinaan.

Difahamkan, permit kerja bagi pekerja asing boleh dilanjutkan sehingga 13 tahun namun perlu diperbaharui setiap tahun.

Alamat terakhir di Jalan Loke Yew, KL

Jabatan Imigresen Malaysia semalam meminta kerjasama orang awam untuk menjejak Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Terdahulu Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd telah menafikan Rayhan Kabir sebagai ketua pemasaran dan kakitangan syarikat itu.

Untuk rekod, Rayhan pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor tetapi tidak pernah menjadi pekerja di syarikat produksi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : rentas asia

Be the first to comment on "Netizen Dah jumpa Rayhan Kabir. Sekali Dia Tanya Balik Soalan Mengejvtkan – Trending Habis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*