Mural Al-Sultan Abdullah, pemimpin negara dirosakkan

Set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial. Selain potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana,

Turut menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “babi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Polis katanya, akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kes berkenaan hari ini.

Sementara itu, contengan di potret berkenaan menerima banyak kritikan dari pihak orang ramai dan juga ahli politik.

Ini termasuk dari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“Tindakan ini tidak seharusnya berlaku, terutama melibatkan potret DYMM YDPA.

“Saya gesa pihak berkuasa untuk menyiasat tindakan provokasi ini dan menyeret mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” kata Lim di Facebook.

Fahmi juga menyiarkan mesej serupa di Twitter: “Saya harap @PDRMsia akan segera mengenal pasti dan menangkap mereka yang merosakkan lukisan ini.”

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter, menggesa pigak berkuasa untuk menangkap mereka yang terlibat itu.

urging authorities to collar those responsible.

“Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural/lukisan dinding ini. Harap ada CCTV yang berhampiran.

“Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kpd adab #rakyat #Malaysia,” katanya

Sumber:malaysiakini 

Be the first to comment on "Mural Al-Sultan Abdullah, pemimpin negara dirosakkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*