Lama Aku Diam Tak Kcau Org. Korg Dh Taknak Jadi Kerajaan ke Apa? Cakap Biar Pakai Otak. Afdlin Shauki – Majalah Utusan

Pengumuman kerajaan bahawa semua bentuk penggambaran memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional,

Termasuk untuk rakaman media sosial peribadi menjadi perdebatan ramai sejak semalam.

Beberapa Influencer dan Youtuber telah tampil menyatakan bantahan termasuk bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq.

Sementara terbaru, pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki telah memuatnaik satu posting di Instagram beliau menyatakan bantahan terhadap isu tersebut.

Lama aku diam. Tak kacau orang. Yang betul aku sokong, yang tak (sokong), aku doakan..

Tapi dalam waktu serba kesusahan ni kau cakap benda macam ni dan nak tindas orang muda dan orang kreatif yg tak mampu nak beriadah dan cari rezeki…

Korang dah tak nak jadi kerajaan ke apa? Buat statement/ ruling bod#h macam ni!

Maknanya semua handphone yang ada kamera yg di jual kalau nak beli, kena ada lesen? Macam nak beli senj4ta api? Social media semua kena ada lesen?

Wow hebatnya plan kamu.. Jangan politikkan kerja kami Tuan. #bantahpenindasan. Kalau korang setuju share ramai ramai!” tulis Afdlin

Cakap biar pakai otak

Selain itu Afdlin Shauki turut mengingatkan pihak kerajaan agar tidak terlalu selesa selepas menjadi kerajaan dan tidak menindas golongan muda dan orang kreatif.

Luahan Afdlin itu seakan memberi peringatan kepada parti yang sedang memerintah supaya menggunakan akal fikiran sebelum membuat keputusan kerana selepas rakyat sedang memerhati.

Cakap biar pakai otak tuan-tuan. Tak nak menang election ke lepas ni? Confident sangatkah?

Jangan tinda orang muda dan orang kreatif”, tulis Afdlin.

Terdahulu media melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen

Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

Katanya lagi, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada FINAS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.

Laporan itu telah menimbulkan reaksi negatif sebilangan besar penghasil filem, serta netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka berpandangan tujuan permohonan SPP adalah tertakluk bagi syarikat dan produksi yang memegang lesen pengeluaran Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Dimana hasil karyanya hanya ditayangkan di televisyen mahupun pawagam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta itu untuk menyekat kebebasan.

Peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta tersebut digubal.

Sumber : asiakini

Antaranya lagi

Perlu Ada Lesen FINAS Dan Kena Bayar RM50 Ribu Untuk Video Creator, Sekali Syed Saddiq TroII Menteri

Hari ini media sosial heboh dengan pelbagai ‘troll’ susulan pengumuman kerajaan bahawa semua bentuk penggambaran.

Memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, termasuk untuk rakaman media sosial peribadi.

Bukan sahaja mendapat reaksi dari penggiat filem dan video creator terkenal, malah golongan warganet yang tidak terlibat secara langsung dengan isu terbabit turut mempersoalkannya.

Ramai pengguna media sosial hari ini menyuarakan kebimbangan, dan pada masa sama menyindir, pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Ada yang membangkitkan persoalan kesan undang-undang itu terhadap orang awam dan media sosial, manakala yang lain memuat naik video kucing

Dan bertanya jika menteri juga melanggar undang-undang kerana memuat naik video di akaun media sosial mereka.

Semalam Saifuddin memuat naik video dirinya menghadiri satu program belia di Twitter, dan hari ini sejumlah warganet bertanya sama ada beliau mempunyai lesen Finas untuk berbuat demikian.

” Nak tengok lesen yang diluluskan untuk video ini diterbit kalau tak kami lapor ramai-ramai,” seloroh seorang pengguna Twitter ketika membalas ciapan Saifuddin.  Menteri ada lesenkah untuk sebarkan video ini?” soal seorang lagi.

Adun Ketari Young Syefura Othman adalah salah seorang yang memuat naik video kucing di Twitter, dan bertanya sama ada dia memerlukan lesen atau tidak.

Satu lagi video kucing dimuat naik pengguna Twitter Amirul Ruslan, yang mengiringinya dengan kata-kata, ” Cuma nak beritahu saya tiada lesen Finas untuk terbitkan video ini. Tolong jangan laporkan pada pihak berkuasa.”

Syed Saddiq ‘troll’

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mengongsikan semula videonya mempromosikan tempat-tempat menarik di kawasan Parlimennya.

Dan juga bertanya sama ada dia perlu membayar RM50,000 untuk mendapatkan lesen Finas atau tidak.

Kasi can-lah. Majoriti netizen tak mampu nak bayar RM50,000 untuk muat naik video di media sosial,” katanya.

Sementara itu dalam posting berasing, Syed Saddiq turut merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula pengumuman tersebut.

Menurut Syed Saddiq tindakan tersebut boleh menyebabkan golongan muda yang baru berjinak-jinak sebagai Youtuber, Influencer dan sebagainya akan terjejas.

Saya merayu dan mendesak, kaji semula! Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas.

Jangan bunuh creativity anak muda. jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!” tulis Syed Saddiq

Sumber:majalah utusan

Be the first to comment on "Lama Aku Diam Tak Kcau Org. Korg Dh Taknak Jadi Kerajaan ke Apa? Cakap Biar Pakai Otak. Afdlin Shauki – Majalah Utusan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*