Kes SRC – Najib bebas, didenda atau dipenj4r4?

Selepas lebih dua tahun, nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terjawab hari ini.

Masih ada 6 pertuduhan
Masih ada enam pertuduhan, iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
 
 
Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.
 
 
Pembacaan alasan penghakiman dilakukan
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mula membacakan alasan penghakiman sebelum keputusan dibuat sebentar lagi.
 
 
Hakim Mohd Nazlan sudah masuk ke kamar Mahkamah
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah masuk ke kamar 10.17 pagi tadi bagi menyampaikan alasan penghakiman dan keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International.
 
 
Tahap keselamatan dipertingkatkan
Ia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, maka tahap keselamatan di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipertingkatkan.
 
 
Najib sedang menunggu Hakim Mohd Nazlan
 
Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah memasuki kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ketika ini semua sedang menunggu Hakim Mohd Nazlan memasuki kamar dan proses mendengar keputusan kes akan dibuat bila-bila masa sahaja.
 
 
Najib tiba jam 930 pagi
 
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar 930 pagi bagi mendengar keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International.
Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak disambut penyokong
 
Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut disambut ratusan penyokongnya yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak memakai sut coklat dan pelitup muka turut diiringi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 
 
Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.
 
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
 
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang secara haram berjumlah RM42 juta dari sebuah unit di bawah 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.

 
Pengamal media dibenarkan masuk dalam Mahkamah
 
Selepas setengah jam berada di hadapan pintu Mahkamah Jalan Duta akhirnya media dibenarkan masuk.
Sumber:Astro Awani 

Be the first to comment on "Kes SRC – Najib bebas, didenda atau dipenj4r4?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*