Sarawak Report Dapat Kontrak Jutaan Ringgit dari PH untuk jatuhkan Muhyiddin

Mengikut maklumat terkini, Sarawak Report telah menerima kontrak untuk memulakan serangan keatas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional tidak lama lagi.

Ini sebahagian dari rancangan usul undi tidak percaya yang akan dibentang di parlimen pada bulan Julai tidak lama lagi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, ada beberapa wakil DAP yang mewakili PH telah berjumpa dengan Clare Rewcastle Brown atas urusan ini.Ini sejajar dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin dalam laman sesawangnya, Malaysia Today dan juga di Youtube, beberapa hari lalu.

Ini sejajar dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin dalam laman sesawangnya, Malaysia Today dan juga di Youtube, beberapa hari lalu.

Ini sejajar dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin dalam laman sesawangnya, Malaysia Today dan juga di Youtube, beberapa hari lalu.

Mengikut maklumat, mereka menggunakan Sarawak Report walaupun kosnya tinggi melibatkan jutaan ringgit kerana beberapa serangan Sarawak Report terutama kepada PAS telah berjaya memberikan kesan.

Misalnya serangan kepada PAS mengenai penerimaan duit RM90 juta tidak dapat dijawab, malah PAS sendiri gagal untuk menyaman Sarawak Report. 

Kerana kedudukan Sarawak Report di luar negara dan kos saman yang sangat tinggi jika pembicaraan berlanjutan. Hasilnya, perkara ini memberikan kemenangan moral kepada PH dan menjatuhkan kredibiliti PAS kerana gagal menyangkal pendakwaan tersebut atas sebab yang dinyatakan.

Atas strategi ini sekali lagi PH terpaksa membelanjakan wang yang banyak sehingga menjangkau jutaan ringgit sebagai upah kepada Sarawak Report untuk menyerang Muhyiddin dan Kerajaan PN sebelum persidangan parlimen pada bulan Julai nanti.

Harap rakyat jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita kotor untuk jatuhkan kredibiliti kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin yang bakal dikeluarkan oleh Sarawak Report dalam masa terdekat.

Sumber:Malaysia Politik 

Be the first to comment on "Sarawak Report Dapat Kontrak Jutaan Ringgit dari PH untuk jatuhkan Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*