PM Muhyiddin Mahu Disingkir, Prof Ridhuan Tee Dedah Rancangan Licik Ultra Kiasu

APA lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu, melainkan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara ini daripada tangan-tangan jahat ultra kiasu.

Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan usia sebegini (73 tahun, 4 hari lagi, 15 Mei 1947), sepatutnya dia berehat, tetapi dia terus bekerja sebagai Perdana Menteri (PM), dengan tugas yang amat berat.

Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, sudah tentu amat memenatkan, namun diteruskan juga kalau bukan untuk agama, bangsa dan negara.

Apa lagi Muhyiddin mahu, jadi Timbalan Perdana Menteri sudah, Menteri Besar sudah, menteri-menteri Kabinet pun sudah, kini Perdana Menteri. Apa lagi kuasa yang dicari, kalau bukan reda Allah untuk berbakti.

Apa lagi Muhyiddin mahu, harta, takhta, keluraga, semua dah ada. Kenapa mahu pening kepala, kalau bukan demi negara tercinta.

Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan sebegini, lebih baik duduk rumah, main dengan anak cucu, kenapa harus bersusah payah?

Sudah tentu tidak lain, negarawan ini memikirkan negara ini mesti diselamatkan. Muhyiddin mahukan lakukan apa yang tidak dapat atau tidak sempat dilakukan sebelum ini. Atau mungkin ‘dosa’ terdahulu perlu ditebus sebelum roh bercerai daripada jasad. Inilah insan yang bernama Muhyiddin.

Muhyiddin mahu membuktikan bahawa anak Melayu dan Bumiputera mampu secara efisyen memimpin menguruskan negara tercinta dengan baik, berbanding ultra kiasu.

Tidak dapat dibayangkan jika negara ini terus berada dalam cengkaman ultra kiasu PH yang rakus kuasa, dipengaruhi kapitalis luar. Sudah tentu COVID-19 menjadi lebih dahsyat dengan kaedah menolak PKP.

Dengan ini, saya mohon rakyat Malaysia, bantulah Muhyiddin, bukan membebankan, dengan undi tidak percaya ketika kita sedang bertarung dengan ujian Allah ini. Percayalah, rakyat sudah bosan dengan sandiwara ultra kiasu.

Jika ditakdirkan, Parlimen terpaksa dibubarkan kerana undi tidak percaya ini, saya yakin PH akan menerima tamparan hebat. Sebab itu jangan terikut-ikut dengan rentak bapak ultra kiasu. Mereka ibarat cacing kepanasan kerana hilang kuasa sekelip mata.

Justeru, mari kita bersama-sama bantu Muhyiddin. Pertama, ingatan saya kepada semua wakil rakyat yang dilantik sama ada, dalam Kabinet, mahupun GLC.

Berkhidmatlah dengan penuh integriti berpaksikan Perlembagaan. Jangan ada lagi cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti rasuah, kroni, jenayah dan sebagainya.

Jika ada bawa lagi perangai-perangai lama ini, rasuah, korup atau melakukan perbuatan yang memalukan atau menjadikan PM sakit kepala memikirkannya, buang sahaja mereka. Biar undang-undang yang menghukum.

Kedua, normal baharu atau new normal dalam konteks Malaysia, adalah kembali fitrah, balik asal, back to basic. Ikut fitrah alam yang Allah jadikan. Ambil ibrah puasa yang kita lalui ketika ini dan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Sucikan diri, untuk menjadi bersih, kembali fitrah.

Islam mengibaratkan kita ini lahir ibarat kain putih suci bersih, kitalah yang akan mencorakkan sama ada terus kekal putih atau menjadi sebaliknya.

Saya melihat COVID-19 adalah teguran dari Allah kepada manusia yang sudah terkeluar normal kehidupan seimbang. Terutama kepada negara-negara besar. Sehebat mana pun kamu, kamu tidak dapat lari daripada kuasa Allah.

Buktinya jelas, Allah hantar sejenis makhluk halus yang bernama virus, seluruh dunia menjadi kelam kabut. Secanggih mana pun teknologi masih tidak dapat melawan. Menunjukkan betapa kerdilnya kita.

Kepada umat Islam negara tercinta ini, teguran Allah ini, jelas mahu menyelamatkan negara kita dan seisi umatnya. Ketika mana negara mula goyah dengan kerakusan ultra kiasu, Allah uji kita, agar perancangan jahat ultra kiasu tidak kesampaian.

Allah mahukan kita tunduk dan sujud kepadaNya. Jangan kita sombong dengan nikmat ibadah yang selama ini kita lakukan. Solat jumaat dan berjemaah di masjid dan surau semuanya telah tergendala. Ini belum datangnya fitnah dajal.

Ketiga, teruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sampai bila-bila, terutama pada waktu malam. Fikirkanlah kenapa Allah jadi waktu Maghrib petanda berakhir satu hari, bermula satu hari baharu. Inilah kalendar Islam berasaskan peredaran bulan.

Kenapa sehari berlalu, petandanya dengan masuknya waktu senja (maghrib). Kenapa bukan jam 12.00 tengah malam mengikut kalendar Masihi. Mesti ada sebab seperti yang saya nukilkan minggu lalu.

Pandai ibu bapa kita dulu-dulu, sentiasa pesan kepada anak-anak mahu keluar rumah pada waktu siang, baliklah sebelum senja atau sebelum Maghrib. Rupanya ada rahsia tersembunyi.

Justeru, jika mahu lahirkan generasi Rabbani. Pastikan manusia pulang ke rumah sebelum waktu malam menjelma. Hidupkan amalan berjemaah di rumah, makan berjemaah, sembahyang berjemaah, kemudian tidurlah untuk mencari kekuatan di tengah malam hari dan awal pagi. Selepas itu, bertebaranlah mencari rezeki.

Jika binatang pun pulang ke serang menjelang Maghrib (senja) kenapa manusia perlu berkeliaran tanpa tujuan pada waktu malam. Pulanglah.

Pastikan PKPB terus dikuatkuasakan pada waktu malam demi menyelamatkan anak-anak tercinta, meskipun COV1ID-19 berjaya diputuskan.

Ultra kiasu pastinya cukup marah, jika ada sebarang polisi yang boleh menyekat pergerakan mereka dan perniagaan malam mereka. Mereka mahukan bandaraya hidup 24 jam tanpa henti dengan aktiviti yang boleh mengundang murka Allah.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama bantu insan bernama Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Percaturan politik tak diduga oleh Tun M. Mukhriz & Tun M bakal dip3cat

TIDAK sampai tiga bulan tempoh pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), dunia politik negara kembali berg0lak.

Agak mengejvtkan apabila kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap berjaya menjalankan urus tadbir kerajaan dengan begitu baik termasuk dalam menangani anc4man pandemi1k Covi1d-19, kini boleh diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’.

Masakan tidak, dalam tiga hari lalu, negara digemparkan dengan berita Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin menjelang persidangan Parlimen yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Usul berkenaan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu dikecam sebahagian besar rakyat negara ini dan disifatkan sebagai tidak kena pada masanya.

Tindakan itu turut dianggap langkah terdesak Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kembali tampuk kepimpinan kerajaan meskipun negara sedang menghadapi cabaran lebih getir iaitu anc4man Covi1d-19 dan kegawatan ekonomi.

Langkah terkini Dr Mahathir itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi Anwar sudah memberi jaminan bahawa PH tidak akan mengemukakan sebarang usul undi penentuan keyakinan (vote of confidence) terhadap Muhyiddin pada sidang Parlimen 18 Mei nanti.

Sumber: Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ismaweb, MV

 

 

Be the first to comment on "PM Muhyiddin Mahu Disingkir, Prof Ridhuan Tee Dedah Rancangan Licik Ultra Kiasu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*