Anggot4 polis m4ut dilanggar pem4ndu m4buk

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi. M4yat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut. Suspek yang turut cedera dalam kemalangan tersebut dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan media pagi tadi berkata, siasatan Pihak Polis mendapati semasa kejadian pemandu Hilux memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan.

Katanya, apabila sampai di sekatan jalan raya , pemandu Hilux gagal mengawal kenderaanya disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melangar seorang anggota polis yang sedang bertugas dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan ditepi jalan.

“Laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya dan pemandu Hilux masih belum membuat laporan polis.

“Kertas siasatan telah dibuka oleh polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette

Be the first to comment on "Anggot4 polis m4ut dilanggar pem4ndu m4buk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*