ADUN Sidam, Lunas keluar PKR

SUNGAI PETANI: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah mengumumkan keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat.

ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan peletakan jawatan mereka pada sidang media bersama yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam tengah hari ini.

Berikutan itu, mereka turut menyokong kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) Kedah dan menjadi ADUN Bebas mesra kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika ini.

Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*