Suami Vivy Yusof Kena Kec4m Tak Kenal Nama Sayur Dalam BM

Di sebalik kekecohan para isteri memaparkan aksi suami masing-masing yang tidak mengenali sayur-sayuran, nampaknya Vivy Yusof menjuarai carta.

Bak kata warga Twitter, suami orang lain cuma tertukar antara jenis barang basah yang kelihatan hampir sama, tetapi suami Vivy pula bukan saja tidak kenal tetapi tidak tahu namanya dalam Bahasa Melayu!

“What is kunyit hidup, kucai and kobis?”

Ianya membuatkan Vivy terpaksa menghantar gambar setiap jenis bahan basah tersebut.

Perkongsian itu menghiburkan para pengikutnya di Instagram tetapi tidak di Twitter kerana mereka berpendapat itu hanyalah perbualan yang direka-reka demi meraih perhatian. Jika ia benar sekali pun, nampaknya Fadza sangatlah ‘orang puteh’.

Maka, ramailah yang mengec4m Vivy dan suaminya yang konon tidak memahami Bahasa Melayu sedangkan Fadza sendiri orang Negeri Sembilan, tidak faham Bahasa Melayu langsung?

Apatah lagi persamaan antara kobis dengan ‘cabbage’ begitu ketara. Jika tidak boleh mengaitkannya, memang Fadza antara yang ‘bimbo’ kata mereka.

Lebih ramai menyatakan itu adalah perbualan yang direka kerana banyak yang boleh dipertikaikan seperti mengapa Fadza sendiri tidak membuat carian berbanding bertanya Vivy dan banyak lagi. Apa pun, ia tetap menghiburkan para pengikutnya berjumlah 1.8 juta. Jadi, ketepi semua suami yang lain kerana suami Vivy lebih melucukan dan keliru.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Berita Viral

Be the first to comment on "Suami Vivy Yusof Kena Kec4m Tak Kenal Nama Sayur Dalam BM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*