SEMASARela Isi Minyak Tepi Jalan Guna Botol, Jutawan Hartanah Datang Semula ke Kedah Bagi Kes Rayuan Nursahira

Kisah Muhammad Azlan Al Amin yang juga jutawan hartanah bermurah hati untuk menjadi penjamin dan membayar denda bagi kes Nursahira Mohd Mizuar mencuri tumpuan ramai sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun Azlan sedikit kecewa apabila permohonan Peguam tertuduh kes remaja perempuan hina polis untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda ditolak oleh Hakim Mahkamah Syesyen Alor Star.

Susulan itu, Azlan telah meminta peguam tertuduh Dato Naran Singh supaya membuat Rayuan segera di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Hantaran terbaru Azlan di Facebook beliau berkongsi di mana hari ini beliau sekali lagi bergegas dari Besut ke Alor Star bagi menghadiri kes perbicaraan tersebut.

STESEN MINYAK TUTUP.8/4/2020 JAM 12 MALAM.

RELA ISI MINYAK TEPI JALAN GUNA BOTOL UNTUK DATANG JAMIN REMAJA DIPENJARA HIINA POLIS DI MAHKAMAH TINGGI ALOR STAR,KEDAH.

Selepas Mahkamah Syesen Alor Star pada 7/4/2020 menolak permohonan peguam Nursyahira untuk penangguhan hukuman sementara, Peguam dilantik iaitu Dato Naran Singh telah memfailkan permohonan semakan semula di Mahkamah Tinggi dan kes didengar pada 9/4/2020 Jam 9am di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Ekoran itu sebagai persediaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi esok samaada diberi jamin atau bayaran denda terhadap syahirah, saya memberitahu peguam bahawa saya akan bertolak segera ke Alor Star malam ini juga.

Lupa stesen minyak tutup awal ekoran perintah PKP

Setelah mendapatkan surat kebenaran pengecualian perjalanan dari pihak berkuasa, saya bersama adik saya terus keluar dari rumah untuk memulakan perjalanan.

Baru beberapa kilometer bergerak, saya baru perasan minyak kereta belum diisi manakala stesen minyak semuanya tutup. Tergamam seketika, apatah lagi kereta saya mempunyai tangki minyak yang besar dengan kapasiti enjin 4.8cc dan selalunya saya isi penuh dengan harga RM150.

Bila kawan kawan dapat tahu, mereka berpakat untuk membantu. Sahabat saya yang sangat baik iaitu Sarjan Mejar Ibrahim Chekar hubungi saya dan sanggup memindahkan minyak dari tangki kereta beliau untuk bantu saya.

Subhanallah, alangkah mulia dan baiknya hati hamba Allah ini. Semoga Allah sentiasa rahmati beliau,sungguh masyarakat Daerah Besut sangat menggemari sikap beliau yang sangat baik hati…Subhanallah.

Dalam masih termenung,tetiba adik angkat saya Wan Ariza yang saya anggap macam adik saya sendiri hububgi saya. Beliau menawarkan 3 Tong minyak petrol dari kedai runcit ayahnya yang juga saya anggap seperti ayah saya.

Apa lagi, malam ni kami terpaksa isi minyak kereta Land Cruiser saya guna cara ‘TRADISIONAL’.Isi dalam botol dulu baru tuang dalam tangki.

Lama duk tepi jalan isi minyak sampai penuh tangki, Alhamdulillah akhirnya saya dapat meneruskan perjalanan dengan Selamat….PENGORBANAN ITU MEMERLUKAN KEIKHLASAN DAN PENGORBANAN.

Insya Allah, doakan kami selamat sampai dan selamat dalam urusan kami. Walaupun aku bukan pembesar atau ahli yang bergaji untuk membantu ummah, cuma aku bahagia dapat membantu seadanya….

Doakan aku selamat di dunia dan akhirat.

Usaha Azlan untuk membebaskan Nursahira dipuji ramai, meskipun terdapat suara-suara yang mempertikaikan niat murni beliau. Namun bagi Azlan, setiap orang seharusnya diberi peluang kedua, apatah lagi bagi seorang gadis mentah seperti Nursahira.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Berita Viral

Be the first to comment on "SEMASARela Isi Minyak Tepi Jalan Guna Botol, Jutawan Hartanah Datang Semula ke Kedah Bagi Kes Rayuan Nursahira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*