PKP terkini W4rga as1ng tvmbuk p0lis

PUTRAJAYA: Seorang warga asing dit4han kerana memvkul seorang anggota polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku jam 9.15 pagi tadi ketika anggota polis berkenaan menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) jalan hala masuk persimpangan Sekolah Antarabangsa Arab, Presint 14.

Rosly berkata, seorang lelaki warga Indonesia berumur 45 tahun yang dilihat berjalan dan ingin melintasi sekatan jalan berkenaan dipanggil untuk disoal siasat.

“Secara tiba-tiba, suspek menvmbuk bahagian kening seorang anggota polis trafik bertugas, Lans Koperal Salehhuddin Mohd Soffian, berkali-kali.

“Tumbvkan itu menyebabkan anggota polis berkenaan mengalami kec3der4an di kening dan jari sebelum diarah mendapatkan rawatan di hospital Putrajaya.

“Svspek turut melawan dan bergelvt ketika cuba ditahan, sehingga memaksa anggota bertugas menggunakan keker4san sebelum lelaki itu dapat ditahan,” katanya di sini, hari ini.

Rosly berkata, suspek yang berjaya ditahan turut calar di bahagian muka terkena permukaan jalan raya akibat pergelutan.

Ketika diperiksa, suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan mendakwa bekerja sebagai kontraktor landskap dan tinggal di Kampung Dato Abu Bakar Baginda.

“Suspek memberi alasan tidak munasabah kerana mendakwa keluar rumah untuk berjalan-jalan tanpa tujuan.

“Dia ditahan di balai polis Putrajaya kerana mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan melanggar PKP di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Imigresen,” katanya.

Bh

LELAKI warga Iran bertindak menengking dan mengajak anggota polis berg4duh selepas tidak berpuas hati ditahan ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya, semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kerana gagal memberikan alasan munasabah mengenai pergerakannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, individu berkenaan bertindak agr3sif dan menolak bahu anggota polis selain menengking serta mengajak anggota polis berkenaan berg4duh.

“Dia kemudian ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, kita turut menahan 11 individu lain di sekitar daerah ini kerana ingkar arahan PKP selepas gagal memberi alasan munasabah.

“Semua 11 individu terbabit termasuk enam warga asing, masing-masing warga Indonesia, India, Myanmar dan Iran ditahan di beberapa lokasi di Petaling Jaya antara 9 pagi sehingga 10.30 malam.

“Sembilan daripadanya ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) iaitu di Persiaran Surian – Pelangi Damansara; Plaza Tol Sungai Buloh – Damansara Damai, Plaza Tol Subang – Kelana Jaya dan Plaza Tol PJS 2 – Petaling,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiga lagi ditahan kerana memandu dalam keadaan mencurig4kan dan gagal memberi alasan munasabah di Bandar Utama dan Lebuhraya Sprint.

“Semua tangkapan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi arahan PKP yang sudah memasuki fasa kedua sejak 1 April lalu,” katanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "PKP terkini W4rga as1ng tvmbuk p0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*