Pelakon Sobri Sendiri Mengaku Memang Betul Diorang BalingPasu

Sebelum ini kjadian itu dilaporkan oleh beberapa portal berita berhubung tndakan tidak bertanggungjawab melempar air kncing, sampah dan pasu oleh segelintir warga asing susulan tidak dibenarkan mninggalkan bangunan itu.

“Chilaka betul hari ini dorang baling pasu balik atas kepala anggota. Kurng ajar! Ada bangunan berdekatan di sekeliling kawasan ini yang boleh jadi tempat tinjau dan mengintip”

Itu perkongsian Mohd Sobri yang menceritakan kjadian baling pasu dari atas bangunan oleh warga asing yang terperangkap di bangunan Malayan Mansion.

“Kita provoke sikit confirm boleh nampk warga mana, bilik mana. Pastu kita tangkap, gantung kat depan kedai Abg Den Wahab tu. Dah pi standby teropong. Kalau takde, saya ada satu ni.

“Member datang hantar nasi dan barang-barang keperluan, dah tak boleh masuk. Kawalan makin ketat sebab dengar cerita dah ada yang lari.. Mintak maaf saya cuma dengar cerita boleh jadi khabar angin.

“Katanya askar dan polis makin banyak dari semalam.. Kenapa ko lari set4n. Dah menyusahkan semua orang.. Adoi ko ni..” tulis Sobri

Mohd Sobri dihubungi berkata dia berasakan keadaan kesihatannya beransur baik dan sakit dada pun sudah hilang. Namun, tetap berdebar menunggu keputusan pemeriksaan saringan dilakukan pada 8 April lalu.

“Perasaan bimbang tak dinafikan memang ada. Tetapi, saya banyakkan berzikir, fikir positif dan makan ubat demam pada masanya.

“Saya nak sihat cepat dan berharap dapat keluar dari bangunan ini segera. Nak balik ke Klang, jumpa dengan mak kerana dah terlalu rindu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Sobri, ibunya selalu menghubungi secara panggilan video. Apapun, baginya lagi seronok dapat tengok ibu depan mata.

“Apapun, semoga keputusan pemeriksaan saringan sampel dilakukan itu negat1f. Malah, harapnya demam dihidapi ini pun hanya biasa saja.

“Namun, yang pasti saya akan kuarantin diri sebaik mungkin dalam bangunan ini walaupun setiap hari dimaklumkan ada penghuni dibawa ke hospital oleh KKM untuk rawatan” katanya.

Mohd Sobri berkata memandangkan lanjutan PKP sehingga 28 April ini, kepada orang ramai teruskan duduk di rumah, jaga kebersihan, kerap basuh tangan dan pastikan jarak sosial.

Sentiasa mengemas kini hantaran aktiviti harian dan tahap kesihatannya di Facebook, Mohd Sobri berkata ia sekadar perkongsian kepada rakan dan keluarga yang mengikutinya di platform media sosial itu.

Terdahulu pelakon drama Keluarga Iskandar itu kini terperangkap dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bangunan Selangor Mansion, Jalan Masjid India sejak 7 April lalu dalam keadaan dirinya mengalami demam.

“Alhamdulillah, demam saya semakin baik. Bekalan ubat dan makanan pun tak putus, masih ada kerana ramai rakan yang prihatin menghantarkannya setiap hari.

“Terima kasih di atas sikap ambil berat dan kata-kata semangat positif diberikan rakan yang membantu untuk saya terus semangat menempuh ujian ini,” kata pelakon drama Keluarga Iskandar, Mohd Sobri Anuar Tarmizi.

Perlaksanaan PKPD ke atas Bangunan Selangor Mansion itu dilaksana kerajaan berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat banyak kes positif jangkitan di kawasan berkenaan.

Kredit: Lamanhiburan

Be the first to comment on "Pelakon Sobri Sendiri Mengaku Memang Betul Diorang BalingPasu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*