Kisah Sedih Cara Jenazah Covid-19 Diuruskan Di Seluruh Dunia

A priest and relatives pray as a victim of the COVID-19 is buried by undertakers at the Almudena cemetery in Madrid, Spain, March 28, 2020. (AP Photo/Olmo Calvo)

Menghadapi kematian orang yang tersayang merupakan satu pengalaman yang akan meningg4lkan kesan mendalam pada kita.

Kesan mental menguruskan sendiri jen4zah merupakan salah satu pengalaman yang men4kutkan untuk dirasai sendiri, tetapi sangat berharga untuk seseorang individu di kemudian hari. Mal4ngnya – bagi ahli keluarga mangsa jangkit4n Covid-19, mereka terpaksa menerima hakikat tidak dapat merasai pengalaman ini sendiri.

Waris mangs4 jangkit4n Covid-19 terpaksa menaruh kepercayaan 100% kepada pihak pasukan perubatan untuk menyempurnakan pengebumian atau pembak4ran m4yat, dengan ahli keluarga jarang dapat melihat wajah si m4ti untuk kali terakhir.

Berikut adalah kompilasi kisah-kisah pengebumi4n yang menyay4t hati kami, terp4ksa dilakukan disebabkan oleh ris1ko jangkit4n v1rus yang tampak masih terus melawan.

Wanita di Sepanyol menulis surat ter4khir kepada ayahnya

 

Bagi Encarni Calvache, pengalaman melalui w4bak Covid-19 merupakan satu pengalaman nger1 yang tidak mungkin dapat dia lupakan. Ini kerana di antara enam orang ahli keluarganya, 3 daripadanya dijangkiti; ibu, ayah dan kakaknya.

Setiap hari Encarni akan ke hospital menghantar makanan tetapi langsung tidak dibenarkan menemui ketiga-tiga ahli keluarganya. Dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan tahap kesihatan mereka sebelum pulang.

Selepas diberitahu keadaan ayahnya yang sudah sangat kritikal dan sukar untuk pulih, Encarni menulis sepucuk surat terakhir kepada ayahnya. Surat itu mujurlah sempat dibacakan oleh jururawat yang bertugas, sebelum ayahnya meninggal dunia.

Pada Encarni, perasaan yang dirasakan sangat sukar untuk dihadapi. Dia tidak dapat menatap ayahnya buat kali terakhir dan terpaksa hadir ke hospital tanpa dapat menjenguk ibu dan kakaknya.

Kerajaan Sepanyol setakat ini masih membenarkan pengebumi4n dilakukan melalui pusara atau pembakaran, bergantung kepada pilihan keluarga si m4ti. Hanya lima orang ahli keluarga dibenarkan menghadiri upacara yang dijalankan dalam majlis yang berlangsung tak sampai lima minit – di bawah kendalian seorang paderi bagi penganut agama Kristian.

Masyarakat Muslim Sri Lanka dibakar mayatnya

Bagi komuniti Muslim yang tinggal di Sri Lanka, pihak waris terpaksa berhadapan dengan situasi di mana upacara pengebumi4n yang dijalankan dilakukan bertent4ngan dengan kehendak ag4ma Islam, atas undang-undang kerajaan Sri Lanka sendiri.

Seorang lelaki berusia 46 tahun bernama Fayaz Joonus terpaksa menerima hakikat bahawa peraturan kerajaan Sri Lanka tidak membenarkan jenzah arwah bapanya, yang meningg4l dunia akib4t Covid-19 pada usia 73 tahun disem4dikan mengikut upcara Islam, mengakib4tkan ayahnya dibak4r menjadi abu di pusat krematorium negara itu.

Berikutan prosedur kesihatan yang ketat, jenaz4h juga tidak sempat disolatkan sebelum dihantar ke pusat krematorium dengan iringan pihak polis. Jenaz4h ayah beliau merupakan kes kedua kem4tian pes4kit Covid-19 beragama Islam di negara itu.

Akib4t daripada tindakan kerajaan Sri Lanka yang tidak membenarkan sebarang prosedur berbeza khas mengikut tuntutan agama pesakit, pelbagai krit1kan sudah mula kedengaran melibatkan pelbagai pihak. Namun kerajaan Sri Lanka bertegas mereka hanya mengikut saranan prosedur standard yang dikeluarkan WHO sendiri.

Bagaimana masyarakat China menghadapi kem4tian orang tersayang?

Berikutan pertambahan kes yang mendadak, urusan kematian di China khasnya di Wuhan terpaksa dijalankan dalam kadar yang sangat pantas.

Sebarang bentuk kem4tian akan diuruskan di hospital sepenuhnya. Seandainya pes4kit meningg4 pada hari itu, pada hari itu jugalah jenaz4h akan dipersiapkan untuk dibakar tanpa sebarang bentuk majlis atau upacara dibenarkan.

Pihak keluarga akan dimaklumkan tentang kem4tian serta akan diberitahu di mana mereka boleh mengambil abu mayat jenaz4h yang telah selesai menjalani pembak4ran.

Bagi mengelakkan jangkit4n, hanya seorang wakil keluarga dibenarkan hadir bagi mengambil abu may4t yang telah dipersiapkan, hadir dengan menaiki kenderaan khas yang disediakan agensi kerajaan terbabit yang menjemput mereka di rumah.

Barisan-barisan panjang wakil-wakil keluarga yang hadir bagi tujuan pengambilan adalah satu pemandangan biasa di kawasan-kawasan yang dij4ngkiti teruk, menunggu giliran untuk mendapatkan abu m4yat si m4ti agar majlis yang lebih sempurna dapat dilakukan selepas kawalan selesai.
Itali cuba menguruskan m4yat dengan terhorma
 

Bagi negara Itali yang tervk terjejas akib4t Covid-19 – sebarang bentuk majlis pengebumi4n melibatkan ahli keluarga beramai-ramai adalah tidak dibenarkan sama sekali, sama seperti kebanyakan negara lain.

Rayuan pihak keluarga sekurang-kurangnya melihat jen4zah untuk kali terakhir terpaks4 ditolak, disebabkan kebimbangan tentang berlakunya j4ngkitan. Situasi ini menyebabkan banyak pihak w4ris mengalami tr4uma terp4ksa berhadapan dengan situasi yang sangat suk4r untuk diterima.

Bagi masyarakat Kristian, menghiaskan jen4zah dengan pakaian dan perhiasan yang baik merupakan salah satu tradisi yang mereka amalkan.

Waris kepada si mati dibenarkan untuk membekalkan pakaian yang akan menjadi pakaian terakhir jen4zah, namun hanya akan diletakkan di atas plastik yang membaluti tubuh, tanpa boleh dipakaikan dengan sempurna.

Selepas diletakkan dalam keranda, petugas yang menguruskan jen4zah akan mengambil gambar keranda yang telah siap diuruskan untuk makluman pihak waris.

Berbeza dengan negara lain dalam senarai ini, pihak keluarga masih lagi dibenarkan memilih sama mahu melakukan pembakaran may4t atau mengebumik4nnya di pusara. Dilaporkan 50 ke 60% waris pesakit di Itali memilih untuk melakukan proses pembakaran.

Sebarang bentuk ritual atau majlis tidak dibenarkan sepanjang proses pengurusan jen4zah berlaku.

Begitulah bagaimana masyarakat luar memilih untuk menguruskan kes-kes kematian mereka yang meningg4l dunia akibat Covid-19. Bagi negara yang terjej4s tervk, tindakan yang mereka ambil mungkin pada orang luar kelihatan kej4m – tetapi terpaksa dilakukan demi memastikan rantaian j4ngkitan terhenti.

Kes kematian pes4kit Covid-19 di Malaysia sekurang-kurangnya masih lagi mampu disempurnakan mengikut tuntutan agama masing-masing, walaupun tanpa kehadiran ramai w4ris yang sudah pastilah tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan ter4khir.

Takziah kami ucapkan pada mana-mana pembaca Iluminasi yang terkesan. Sama-sama kita doakan mereka yang terkorb4n.

Jom Like Share Facebook Berita Viral 

Sumber : Iluminasi

Be the first to comment on "Kisah Sedih Cara Jenazah Covid-19 Diuruskan Di Seluruh Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*