Keputusan Sudah Dibuat Azlan Terharu Bila Ibu Bapa Nursahira Beri Hadiah Kepadanya

Terdahulu permohonan penangguhan hukvman pnjara ditolak oleh Mhkamah Syesen Alor Star pada 7/4/2020 lalu.

Kemudian hari ini 9/4/2020 Mhkamah Tinggi membenarkan permohonan ikat jamin serta menangguhkan hukvman pnjara dan denda sementara menunggu Perbicaraaan di Mhkamah Rayuan.

“Alhamdulillah..bahagia dapat membantu”

Itu ungkapan diluahkan oleh ahli perniagaan bernama Muhammad Azlan Al-Amin yang dikatakan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar denda RM10,000 bagi membebaskan adik Nursahira dan tular sejak dua hari lepas.

Menurut Azlan, segala penat lelah ulang alik dari pantai timur ke utara, berbaloi apabila hari ini Mhkamah Tinggi Alor Star menerima permohonan ikat jamin dan penangguhan hukvman sementara selesai proses perbicaraan di mhkamah rayuan.

Ini ‘hadiah’ yang mampu mak ayah Nursahira beri kepada Azlan

Selain itu, turut mencuri tumpuan warganet yang mengikut perkembangan perbicaraan tersebut apabila Azlan memuatnaik hantaran dan gambar di mana salah satunya gambar kek ‘marble’.

“Adakah anda lihat kuih kek di bawah ini???

“Jika anda ingin tahu, inilah satu satunya ‘hadiah’ yang termampu dibawa oleh mak ayah Nursahira.

” Ia diberikan kepada saya setelah selesai perbicaraan di mhkamah tinggi alor setar 9/4/2020…

” Kedhaifan mereka meruntun hati saya, dan saya mula menilai seseorang dari sudut pandangan yang berbeza.

” Biar apa org cakap, saya bahagia dapat membantu membina kehidupan seorang manusia ke arah lebih baik.Saya tak sokong kesalahan,sebaliknya saya bina kehidupan mereka

” Marilah kita semua hidup dengan saling menghormati dan penuh kasih sayang keranaNya.

” Tegurlah jika ada antara kita salah,tapi jangan sampai kita menghiina.Dan janganlah menganggap orang lain berdosa tetapi kita merasa diri kita suci…

” Kita semua pendosa yang mengharap keampunan TUHAN

” Kelihatan wajah gembira mak ayah mereka setelah anak mereka dibenarkan diikat Jamin. In sya Allah” tulis Azlan di Facebook beliau.

Azlan sebelum itu telah pulang ke Besut, Terengganu pada 7hb selepas mhkamah menolak permohonan penangguhan hkuman ke atas Nursahira. Beliau bagaimanapun bergegas kembali ke Alor Star bagi menghadiri perbicaraan rayuan.

” Saya berharap,perkara ini akan menjadi pengajaran bermakna kepada Remaja itu khususnya serta kita semua umumnya,agar berhati hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.

” Kekalkan keharmonian dalam negara tercinta ini,dan marilah kita sama sama hidup penuh kemakmuran.

Beliau turut memuatnaik hantaran berasingan berkongsi keputusan mahkmah.

” Mhkamah membenarkan ikat jamin Nursahira hari ini sementara menunggu proses rayuan.

” Alhamdulillah, sedang dalam proses bayar ikat jamin.

” Selain ibu bapanya, saya adalah orang yang paling gembira kerana dapat membantu insan lemah dalam membina kehidupan lebih baik buat mereka.

” Semoga menjadi pengajaran kepada adik inu dan kita semua supaya menjaga tatasusila hidup kita.

” Terima kasih kepada semua yang mendoakan, dan terima kasih kepada peguam terkemuka Dato Naran Singh” akhiri beliau.

Kredit: Lamanhiburan

Be the first to comment on "Keputusan Sudah Dibuat Azlan Terharu Bila Ibu Bapa Nursahira Beri Hadiah Kepadanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*