KEDAI GUNTING RAMBUT BEROPERASI SEMULA. DIANA DANIELLE LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya perkhidmatan gunting rambut asas secara berperingkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang pelbagai komen masyarakat.

Ini termasuklah pelakon Datin Diana Danielle yang kurang bersetuju dengan kelonggaran tersebut kerana bimbang wujudnya kluster baharu jangkitan Cov19 berpunca daripada perkhidmatan berkenaan.

“Buat sementara waktu ni gunting rambut ni trim saja sikit-sikit dekat rumah, senget pun paling-paling orang luar abang Grabfood je yang nampak, habis PKP mintalah potong macam Beckham ke Ronaldo ke buatlah.

“Kalau tak nak ada kluster lain daripada salon rambut tak payah buka… lagi satu hal nak urus penggunting rambut dan salon, tak ingat ke koronavirus ni ramai sangat yang tak ada simptom.

“Mereka tiada simptom, batuk selesema semua tak ada… sihat dan kuat tapi mereka ini silent killers kerana mereka tak bergejala dan tak tahu pun mereka positif,” katanya.

Diana berkongsi pandangannya itu menerusi Instagram pada Sabtu.

KENYATAAN DIANA DANIELLE TENTANG KEDAI GUNTING RAMBUT

Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil ini berkata sukar untuk mengenalpasti pelanggan yang positif Cov19 ketika mendapatkan perkhidmatan di salon rambut.

Justeru itu, penyebaran virus akan berlaku dan ini membuatkan tempoh PKP akan berlanjutan lebih lama.

“Vlrus tu akan kena pada orang lain dan lepas tu gunting dan pencukur yang abang barber tu guna dia kongsi dengan semua orang. Kalau sehari 50 pelanggan, seminggu gunting itu dah berjasa untuk 350 orang yang mungkin bergejala.

“Berani ke kongsi tempat duduk, gunting, tuala tu semua? Ini membuka ruang untuk kes kluster lain… kalau kat hospital pun orang bergejala tak jujur, ini kan pula nak beritahu abang barber tu!

“Nanti kita kena dengar berita perlu tambah dua minggu lagi kemudian empat minggu kemudian enam minggu disebabkan sesetengah orang kena gunting rambut,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "KEDAI GUNTING RAMBUT BEROPERASI SEMULA. DIANA DANIELLE LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*