Doktor Cakap Saya Demam Biasa, Tapi Saya Ambil Keputusan Untuk…,” – Uqasha Senrose Jalani Prosedur Ujian Saringan C0VID-19 Drive Thru

Pelakon Uqasha Senrose tampil melakukan ujian s@ringan C0VID-19 secara ‘drive thru’ selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Meski sudah pun ke klinik dan doktor memberitahu dia hanya mengalami demam biasa, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu tekad untuk melakukan ujian berkenaan pada Jumaat.

“Qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini.

“Need to make sure that my fam and i are completely safe. doakan results baik baik saja amin,” tulisnya sambil memuat naik video ujian yang telah dijalankan.

Sebelum ini, pelakon Ummi Nazeera turut melakukan perkara sama beberapa hari lalu dan tulisnya di Instagram, ia berbaloi untuk dilakukan bagi memastikan keselamatan yang lain selain tidak mengambil masa panjang.

Kurang setengah Uqasha memuat naik video  pendek tersebut, ia kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.

Foto: Instagram Uqasha Senrose

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber : MH

Be the first to comment on "Doktor Cakap Saya Demam Biasa, Tapi Saya Ambil Keputusan Untuk…,” – Uqasha Senrose Jalani Prosedur Ujian Saringan C0VID-19 Drive Thru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*