CELEBMuat naik foto dalam tab mandi, Fatin Afeefa tutup ruangan komen

Pelakon filem terkenal Tentang Bulan, Fatin Afeefa sering menjadi sebutan serta mencetuskan kontroversi kerana sering kali tampil dengan imej seksi . Walaupun begitu, Fatin Afeefa dilihat tidak mudah melatah dengan sebarang kecaman dan tetap berpegang teguh dengan pendiriannya.

Semalam, pelakon berusia 26 tahun ini dilihat memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya. Gambar tersebut telah memaparkan diri Fatin Afeefa sedang berendam dalam sebuah tab mandi.

Tutup ruangan komen!Demi mengelakkan dari menerima komen-komen yang tidak menyenangkan, ibu kepada dua orang anak ini dilihat menutup ruangan komennya.Walaupun begitu, dia tetap meraih lebih 82,000 tanda suka dalam kalangan pengguna Instagram.

Fatin Afeefa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. Namun, pada 30 Mei 2017 mereka berdua memutuskan untuk meleraikan ikatan perkahwinan mereka.

Sumber: Fatin Afeefa.

Be the first to comment on "CELEBMuat naik foto dalam tab mandi, Fatin Afeefa tutup ruangan komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*