Antara 5 Lagi Sektor Industri Atau Perniagaan Akan Dibenarkan. Yang Nombor 5 Mesti Paling Ramai Orang Suka

Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 28 April 2020, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Datuk Seri Azmin Ali membenarkan hanya beberapa sektor industri untuk terus beroperasi.

Malah, beberapa garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan perlu diambil kira bagi mengurangkan penularan wabak penyakit berjangkit itu.

Keputusan tersebut telah dibuat dalam sebuah mesyuarat Jemaah Menteri dalam meneliti kesan terhadap prestasi kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat terutamanya buat industri Perusahaan Kecik dan Sederhana (PKS) sebagai penyumbang terbesar di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang dibenarkan adalah industri aeroangkasa, automotif dihadkan kepada eksport unit siap pasang, peralatan dan komponen. Selain itu, industri mesin dan peralatan juga dibenarkan.

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, projek pembinaan juga dibenarkan untuk diteruskan termasuk industri simen, besi dan keluli. Antara projek yang dimaksudkan adalah projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama, projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas dan kerja-kerja terowong.

Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja-kerja cerun juga dibenarkan. Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak, kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak .

Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas dan projek pembinaan dengan fasiliti atau kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja dibenarkan beroperasi.

Gambar hiasan

Dalam sektor penyelidikan dan kesihatan turut dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Di mana perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terhad kepada guaman, penyelidikan berkaitan Covid-19, makmal ujian dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan sosial seperti perubatan tradisional yang berdaftar sahaja dibenarkan beroperasi.

Di samping itu, kerajaan juga memberi kelonggaran operasi buat perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai cermin mata sahaja.

Gambar hiasan

Kedai gunting rambut asas sahaja dan perkhidmatan lobi bukan layan diri dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP dikuatkuasakan.

Datuk Seri Azmin Ali berkata keputusan dari mesyuarat ini adalah bagi membendung kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara dan juga pasaran buruh. Oleh demikian, syarikat dalam sektor tambahan yang disenaraikan tadi boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula Isnin hadapan di laman www.miti.gov.my.

INFO PENUH

like n share Facebook page kami di page Berita Viral 

Sumber gempak

Be the first to comment on "Antara 5 Lagi Sektor Industri Atau Perniagaan Akan Dibenarkan. Yang Nombor 5 Mesti Paling Ramai Orang Suka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*