TMJ Naik Angin di IG? Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin

Tegas pelakon drama #SisCuba ini, dia menafikan bahawa pernah memaksa kekasihnya itu berkahwin. Malah dia juga tidak pernah meminta sebarang wang daripada Safawi seperti yang didakwa sebelum ini.

Awal Januari yang lalu, pelakon Syifa Melvin telah mendedahkan untuk merancang hubungan cinta dengan teman lelakinya yang merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid ke arah yang lebih serius.

Tekanan Akibat Kekasih?

Bagaimanapun Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, enggan memberi komen yang lanjut mengenai hubungan mereka dan mengharapkan ke arah pengakhiran yang lebih baik dan halal. Namun di media sosial ketika ini, hangat memperkatakan kembali mengenai hubungan mereka.

Semuanya tercetus apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola pasukannya, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) semakin merosot.

IKLAN

Dalam status yang dimuatnaik Tunku Ismail Idris atau lebih dikenali sebagai TMJ menerusi laman Insta-story, kelihatan suntingan perbualan baginda di laman WhatsApp bersama seorang pemain bola.

Difahamkan, prestasi pemain bola itu merosot kerana tekanan daripada kekasihnya yang memaksanya untuk berkahwin dengan kadar segera.

Biarpun TMJ tidak menyebut mana-mana nama pemain, namun rata-rata netizen mengandaikan bahawa status tersebut ditujukan buat Safawi. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Syifa menerusi laman Insta-story nya turut memuatnaik kenyataan mengenai spekulasi tersebut.

Syifa Melvin Nafi Paksa Kahwin 

Tegas pelakon drama #SisCuba ini, dia menafikan bahawa pernah memaksa kekasihnya itu berkahwin. Malah dia juga tidak pernah meminta sebarang wang daripada Safawi seperti yang didakwa sebelum ini.

Menerusi carian Murai.my di laman sosial, rata-rata netizen mengharapkan agar prestasi Safawi kembali meningkat seperti terdahulu apatah lagi jelas kelihatan menerusi liga perlawanan Sumbangsih baru-baru ini.

IKLAN

Be the first to comment on "TMJ Naik Angin di IG? Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*