Pernah Ditanya Kenapa Masuk Islam, Mark Adam Dedah Pernah Disuruh Masuk Agama Asal Semula

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah (dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre; 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi pelawak dan pelakon Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telah pun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.

“Mereka Keliru, Ag4ma Apa Ni?” – Mark Adam Dedah Pernah Dih4sut Keluar Islam

 

Penyanyi Mark Adam mengakui pernah dipersoal dan dihasut oleh individu tertentu untuk keluar dari agama Islam.

Kata Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam, 40, kenalannya di kampungnya di Filipina sering bertanyakan sebab dia memeluk Islam hampir 17 tahun lalu.

“ Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dih4sut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung.

“ Mereka keliru, agama apakah ini, kenapa masuk? Baliklah…,” cerita Mark yang asalnya beragama Krist1an.

Mark juga mengakui pernah mengajak individu lain untuk memeluk agama Islam terutama ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

“ Kawan-kawan, keluarga misalnya emak saya, pernah juga saya ajak untuk masuk Islam.

“ Tetapi mak saya contohnya akan ada banyak pertanyaan, jadi saya tunggu terlebih dahulu,” kongsinya.

Pendedahan itu dikongsikan Mark dalam sesi soal jawab Pernah atau Tak Pernah yang dikongsikan di Instagram Salam Muslim.

Dalam perkembangan sama, Mark muncul bersama pengarah Michael Ang dalam rancangan Mike & Mark Diari Mualaf.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Pernah Ditanya Kenapa Masuk Islam, Mark Adam Dedah Pernah Disuruh Masuk Agama Asal Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*