Of C0urse Dia Akan Pilih Aku” VIDE0 Kec0h Dalam LRT, Wanlta Beng@ng Bila Kant0i ‘Dating’ Dengan Tunang 0rang

Dah macam selalu sangat kita dengar pasal cerita kecurangan kan? Terbaru, satu video viral di Facebook menunjukkan kekecohan yang berlaku di dalam LRT apabila beberapa individu dilihat bergaduh.

Kantoi dengan tunang, keluar dengan perempuan lain

Mengikut video yang dirakam salah seorang penumpang LRT tersebut, kekecohan tu berlaku sebab seorang lelaki kantoi curang dengan tunangnya sendiri.

Al kisahnya, tunang lelaki dikatakan tengah nak keluar dating dengan kekasih gelap dia tapi kantoi pula. Tunangnya yang ditemani seorang wanita lain dipercayai rakannya itu dilihat cuba confront lelaki tersebut dan perempuan tu.

Perempuan simpanan yang marah lebih

Wanita berambut panjang itu kemudian berdiri dan terus lantang bersuara lepas dapat tahu dah kantoi tengah dating dengan tunangan orang.

Apa yang buat netizen meluat, sudahlah bercinta dengan tunangan orang tapi bila kantoi boleh pula ejek dan hina penampilan tunang kekasihnya tu.

Well, tengok diri you lah. Kenapa dia pilih I?”

Tengoklah dia. Dia tak cantik. Dah lah pendek, muka tak ada mekap. Kau nak bandingkan dengan kau. Of course lah dia akan pilih aku!”

“Kalau kahwin pun boleh cerai”

Dalam video tu boleh tengok kawan tunang lelaki tersebut lebih banyak berlawan suara dengan perempuan simpanan yang lantang tu. Mana tidaknya, rupanya itu bukan kali pertama dia nampak lelaki tu keluar dating.

Haritu aku nampak dia sekali. Harini aku nampak dia lagi.”

Ketika bergaduh, perempuan simpanan tu sempat cuba pujuk lelaki tersebut untuk pilih dia daripada tunangnya. Siap cakap macam ni lagi,

Setakat tunang lah. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai!”

Beberapa saat kemudian, lelaki tu cuba bawa tunang dia ke tepi sikit untuk berbincang berdua sementara rakan itu tetap terus menerus ‘menembak’ dia.  Tapi lepas tu, perempuan simpanan pun ikut ke tepi tanya lelaki tersebut pilih siapa.

You pilih perempuan pucat, buruk macam ni? I have everything!” 

Tapi lepas tu, lelaki tersebut terus gerak ke bahagian lain ikut kekasih gelap dia dan tinggalkan tunang sebab katanya ‘bincang dekat rumah’ nanti.

Marketing je?

Video tu berakhir lepas rakan dan tunang lelaki itu ekori mereka untuk cuba selesaikan hal itu. Orang ramai yang berada dalam train tercengang dan ada yang tersenyum menonton ‘drama’ tersebut.

Ruangan komen Facebook pula dipenuhi komen-komen netizen yang geram dengan mulut perempuan simpanan tu. Tapi memang ramai juga yang kata memang nampak sangat semua ini dah dirancang dan cuma lakonan untuk marketing semata-mata.

Tonton video di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Siakap Keli Press

Sumber: lobak merah

Be the first to comment on "Of C0urse Dia Akan Pilih Aku” VIDE0 Kec0h Dalam LRT, Wanlta Beng@ng Bila Kant0i ‘Dating’ Dengan Tunang 0rang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*