Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” – Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian

Rakaman itu menjadi tular setelah ia dikongsi menerusi laman Twitter.

“BUKAN orang bunian.”

Demikian komen ringkas seorang pelajar sebuah kolej di ibu negara berhubung satu rakaman yang kini tular di Twitter.

Bercerita lanjut kepada mStar, Aina Masturina Azri, 24, mendedahkan video yang kelihatan seperti sekumpulan orang bunian berbaju putih sedang berbaris di tepi jalan itu merupakan tugasan salah satu subjek yang diambil mereka.

“Itu photoshoot berkumpulan kami untuk subjek Foto Komunikasi. Memang kami pilih tema bunian.

“Masa shoot tu, ada juga orang yang lalu dengan kereta toleh-toleh tengok kami tapi kami tak ada niat nak takutkan mereka.

“Kami pun dah survey, tempat tu agak cerah sebenarnya, kereta pun tak laju di kawasan tu,” ujarnya yang mesra disapa Aina.

Kumpulan pelajar yang terlibat tempoh hari.

Menurut gadis yang berasal dari Negeri Sembilan itu, penggambaran mengambil masa sekitar sejam, pukul 10 malam Jumaat lalu di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

“Selain 10 pelajar dalam video, kumpulan itu turut disertai dua lagi individu yang bertindak sebagai jurufoto pada malam berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Aina bersyukur apabila proses photoshoot itu berjalan lancar dan mereka tidak mengalami sebarang gangguan atau kejadian aneh.

Itu photoshoot berkumpulan kami untuk subjek Foto Komunikasi. Memang kami pilih tema bunian.

AINA MASTURINA

PELAJAR

Malah kata Aina, dakwaan netizen kononnya muncul beberapa kelibat dalam video itu adalah tidak benar sama sekali.

“Alhamdulillah tiada apa-apa. Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut… tapi terkejut jugalah bila viral.

“Yang kata nampak kelibat, itu adalah batu. Mungkin disebabkan lighting, ia kelihatan pelik,” jelasnya lagi.

Sebelum itu, netizen mendakwa wujud kelibat seperti pocong berdiri berhampiran kumpulan pelajar itu dalam video berkenaan.

Aina tidak menyangka video itu tular di Twitter.

Selain itu, segelintir netizen juga bertindak biadab apabila melakukan body shaming ke atas salah seorang ahli kumpulan berkenaan.

“Selain kata perbuatan kami berbahaya kepada kereta lalu-lalang, ada juga yang body shaming kawan saya,” ujarnya, kesal.

Selain menerima lebih 700,000 tontonan di Twitter, video kumpulan pelajar itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

“Bunian pun ada yang seksi eh? Dah la paha besar gajah.

“Nampak seram, macam real hantu bunian ke apa. Tapi lepas nampak satu hantu tu paha besar gajah terus tak rasa seram dah. Mana ada hantu paha tebal.

“Aku tengok bayang sendiri pon takut tambah jumpa ni memang lingkuplah.

“Aku ingat penghuni bunian manalah? Naik juga bulu roma aku malam tadi tengok,” tulis netizen.

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” – Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*