ALIFF SYUKRI NAK SAMAN MAK DIA SENDIRI SEBAB DIMALUKAN. INI RESPOND BALAS BONDA ROZITA KEPADA ANAKNYA ALIFF SYUKRI

Semalam tular di media sosial video ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Rozita Ibrahim yang menegur secara terbuka kedegilan anak lelakinya itu.

Video Terbaru Aliff Syukri berada di bawah artikel

Menerusi video tersebut Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, mahu Aliff berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga selepas anaknya itu memuat naik video mengeluarkan air mata darah.

Rozita juga mahu anaknya menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi, tambahan lagi selepas mendengar single terbaru Aliff, Ingin Bahagia yang dikongsi di laman sosial Instagram (IG), semalam (Rabu).

Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuat naik Rozita di IG, wanita tersebut memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan.

Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak, sedangkan sudah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya berubah.

“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak. Bagaimanapun Aliff telah mengemaskini IGnya dengan memuat naik posting terbaru dengan menulis kapyen meminta kekuatan daripada yang maha Esa.

Katanya dia hanya mahukan kebahagiaan dan kekuatan. Posting tersebut kemudiaannya mendapat perhatian Rozita yang berang kerana anaknya itu tidak mengendahkan nasihat diberikan.

“Cukup-cukuplah Kri!!! Mak dah komen secara video pun kau buat lagi kan…Kau delete sekarang…Kau suka orang cakap bukan-bukan,” tulisnya sambil meninggalkan emotikon api.

ALIFF SYUKRI NAK SAMAN MAK SENDIRI?

Aliff Syukri telah pergi berjumpa dengan ibu beliau, Bonda Rozita untuk perjelaskan apa yang terjadi. Disebabkan terlalu malu kerana mak beliau sendiri menkritik apa yang Dato Aliff buat sehingga rasa tertekan dia cakap akan saman mak dia sendiri.

Terkedu sekejap Bonda Rozita bila dengar anak lelaki dia sendiri nak saman dia. Walaupun Bonda Rozita kecewa sebelum ini tetapi beliau beritahu lagu Aliff Syukri kali ini lebih elok kerana tiada menari dan tiada (ehem ehem) di dalam musik video.

Tak salah pun mintak maaf dgn mak… betul tak?? Saya sayang ..saya janji x buat vidio yg mak x suka lagi lepas ni…..terima kasih syg saya kri dr dulu sampai skrg..sy tau knp Mak selalu tegur saya sbb syg kri.. i love u mak sampai syurga @bondarozitaibrahim Biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah – Aliff Syukri

“Ko Nak Saman Mak? Sekarang Mak Kena Hormat Ko Atau Ko Kena Hormat Mak?”

Ayat yang dikeluarkan oleh Aliff Syukri itu bukan lah serius rasanya. Saja nak bergurau dengan maknya. Mana munkin Aliff Syukri akan saman mak sendiri.

Rata rata netizen tetap meninggalkan komen supaya Aliff Syukri berubah dan jangan buat hal hal yang kontroversi lagi.

Artikel By: Viddy Media

Be the first to comment on "ALIFF SYUKRI NAK SAMAN MAK DIA SENDIRI SEBAB DIMALUKAN. INI RESPOND BALAS BONDA ROZITA KEPADA ANAKNYA ALIFF SYUKRI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*