Eh Aisyah Aziz Lupa Nak Butang Bajv

Baru-baru ini, penyanyi Aisyah Aziz meluahkan rasa rindu untuk menyanyi bersama pengikutnya di akaun media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini telah mengimbau kembali kenangan ketika dia membuat sebuah persembahan di sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-54 lalu.

“omg lama siot tak upload any #esahsings. lagu apa best to nyanyi nowadays?

“keys: @amosangmusic (what r u mygod)
suit: hugo kicks: @vans.sg hair: @mithesalon loife: umi,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu Bila Entah itu mendapat perhatian daripda netizen.

Rata-rata netizen memberi komen terhadap cara pemakaian penyanyi kelahiran kota Singapura itu.

Tidak salah untuk memberi nasihat tapi biarlah berpada-pada.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Aisyah Aziz

Biodata Aisyah Aziz, Artis Singapura Adik Kepada Aliff Aziz

Jika diamati betul-betul, wajah Aisyah Aziz mempunyai iras penyanyi Aliff Aziz. Ya, sememangnya mereka adalah adik-beradik. Penyanyi muda dari Singapura ini mempunyai bakat nyanyian sama seperti abangnya.Menyanyikan lagu bergenre pop sesuai dengan jiwa remaja, Aisyah Aziz sudah hampir 5 tahun dalam industri hiburan. Meskipun agak kurang dikenali di Malaysia berbanding abangnya, Aisyah Aziz pernah menyertai Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013 dan mendapat tempat keenam.Lagu debut beliau yang berjudul “Mimpi” dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir telah melonjakkannya namanya di persada seni.

“I just love music and performing! Sejak di bangku sekolah rendah lagi, hanya muka saya saja yang tidak pernah penat membuat persembahan. Bukan sahaja rakan-rakan, malah guru-guru di sekolah pun sedar akan perkara ini. Saya berjaya mengharungi cabaran sampai di tempat keenam. Namun, ia tidak pernah menyekat mahupun menghalang saya untuk bergiat dalam dunia seni suara. Saya punya minat yang mendalam dan mula menyanyi sejak usia sembilan lagi. Kala mendengar lagu berkumandang di corong radio, saya cepat menangkap terus menghafal melodi atau seni katanya sekali. Bermula daripada ayah dengan ritma rock kapak, pendedahan terarah kepada lagu Melayu seperti dendangan kumpulan Spring dan sebagainya. Namun, ia berubah daripada masa ke semasa”

Biodata Aisyah Aziz

Nama Penuh: Nur Aishah Binti Aziz

Nama Komersial: Aisyah Aziz

Asal: Singapura

Menetap: Kuala Lumpur, Malaysia

Umur: 23 tahun (2017)

Keluarga: 3 beradik. Mempunyai adik-beradik kembar iaitu Nur Ain Aziz. Juga merupakan adik kepada Aliff Aziz

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Singapura

Pendidikan:
– Sekolah Rendah Princess Elizabeth
– Sekolah Menengah Zhenghua
– Memiliki diploma dalam jurusan
Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan

Kerjaya: Penyanyi

Genre: Pop, Balada

Lagu/Single: Mimpi, Pilihan Sejati, Bila Entah

Pencapaian:
– Tempat ke-6 Akademi Fantasia Musim 10 (2013)
– Memenangi Best Collaboration (Song) dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014
– Pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2015

Instagram: @aisyaah_aziz

Twitter: @aisyaah_aziz

Facebook: @TeamAisyahAziz

Perkara Menarik Tentang Aisyah Aziz

Mempunyai adik-beradik kembar seiras bernama Ain Aziz.

Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan Sekolah Menengah Zhenghua di Singapura bersama-sama abangnya Aliff Aziz.

Ketika kecil, Aisyah Aziz lebih pandai menyanyi berbanding abangnya Aliff Aziz dan pernah menjuarai peraduan adu bakat, Teen Star @ South West.

Pernah menjadi juara pertandingan nyanyian di sekolah sehingga mendapat gelaran Zhenghua Idol.

Ibunya adalah pramugari.

Meminati penyanyi Raisa dan Afgan dari Indonesia dan Spring dari Malaysia.

FOTO

Foto sumber: IG aisyaah_aziz

 

Be the first to comment on "Eh Aisyah Aziz Lupa Nak Butang Bajv"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*