Yusry Terpaksa Dedahkan Sesuatu Tentang Perkahwinannya Dengan Lisa Yang Ramai Tak Tahu.

Sayang, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang. Saya sangat cintakan awak. ” Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari. ” Sayang, we’ve been together for 7 years. Of course in any marriage there’ll be good times & bad.

But looking back, I’m thankful that we went through it all together and came out stronger with every passing day. Thank you for being there for me & the kids. I love you so much Selamat Hari Kita 7″, itu kapsyen penuh yang ditulis Yusry.

”Sayang, we’ve been together for 7 years. Of course in any marriage there’ll be good times & bad. But looking back, I’m thankful that we went through it all together and came out stronger with every passing day. Thank you for being there for me & the kids. I love you so much Selamat Hari Kita 7″, itu kapsyen penuh yang ditulis Yusry.

“ Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya. Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya. “ Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan.

Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita. “ 23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya. Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. ” Yusri.. lisa tengah hot n single n sangat preety sewaktu decide u hubby dia.. now dh dpt sepasang anak.. bhgia nyer.. so please jaga lisa like a beauty princess in heaven.. alhamdulillah..”

” Semoga rumah tangga subur rasa cinta dalam sakinah mawaddah dan rahmah hingga jannah Nya. Aamiin..” ” Happy anniversary yang ke7 kak @lisasurihani & abg @yusryabdhalim ..moga masjid yang dibina berkekalan & bahagia selalu…”

” Happy anniversary Yusry n Lisa…semuga kekal bahagia hingga Syurga. Very loving couple. Nice to see U together..” Pelakon Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut. Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut. “ 21 Disember 2017 – Hari Hantar Tanda. “ Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut.

“ Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya. “ Saya kenyit mata senyum tanda setuju. “ Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“ Puas ada. Teruja pun ada. “ Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu. “ Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: hmetro & IG Yusry via Newsviral

Lisa Surihani ditawar jadi duta tudung

PELAKON popular, Lisa Surihani mengakui mendapat banyak tawaran menjadi duta tudung selepas mula berhijab tiga minggu lalu. Bagaimanapun, Lisa, 33, atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu terburu-buru dengan tawaran diberikan.

“Ada tawaran menjadi duta, tapi buat masa sekarang belum lagi. Biarlah proses ini berjalan secara perlahan-lahan. Sebab takut sangat jika niat tersasar. “Dalam masa sama, saya tak berani nak beri kata putus sama ada tidak mahu atau nak buat. Tak berani nak cakap macam itu, nanti termakan apa kita cakap.

“Janji bukan saja pada manusia, tapi kita ada janji pada diri sendiri juga. Kalau ingkar janji diri sendiri, sebenarnya lebih teruk. Jadi kena berhati-hati. Saya anggap segala apa dilalui adalah proses mengajar kita kerana ada kalanya akan tumpas jua,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Lisa yang pelakon filem Istanbul Aku Datang berkongsi mendapat banyak hadiah tudung termasuklah daripada pengusaha jenama Duck iaitu Datin Vivy Yusuf. Malah, Lisa berkata, dia juga menerima banyak kiriman mesej peribadi (DM) di Instagram yang ingin menghantar dan menghadiahkannya tudung.

“Alhamdulillah, apa yang saya nampak mereka nak membantu dengan perjalanan spiritual sedang dilalui ini. Kalau nak tahu, sewaktu dapat hadiah pemberian Vivy ini, mak terkejut sebab dia menjangka saya ‘shopping’ tudung.

“Saya menjadi ‘blur’ sekejap sebab mustahil tak ingat benda yang dibeli. Saya cakap tak ada pun. Jadi, apabila pulang ke rumah, saya tengok ada tiga beg. Saya terus telefon dan cakap terima kasih. Dia cakap gembira dengan keputusan saya ini.

“Begitu juga apabila ramai peminat DM nak hantar tudung. Saya berterima kasih dengan tawaran ikhlas mereka. Setakat ini memang banyak yang berikan hadiah. Masih berfikir nak susun macam mana,” katanya. Menurut Lisa, sejak pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, dia berasakan ramai kenalan dan orang sekeliling yang mendekati serta cuba membantunya.

“Ini antara yang menyentuh hati saya iaitu ‘sisterhood’. Kalau dulu nak rasa perkara sama, adalah ketika mengandung. “Sama juga dengan perjalanan saya sekarang, ramai yang nak membantu. Bagi saya ia sesuatu yang bagus berbanding kalau kita seorang diri, ia sedikit berbeza,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Siakap Keli Press

Be the first to comment on "Yusry Terpaksa Dedahkan Sesuatu Tentang Perkahwinannya Dengan Lisa Yang Ramai Tak Tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*