Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu Lagi …” – Ashraf Muslim Dedah Siapa Sebenarnya Arw4h Ashraf Sinclair & Abam

Pelakon Ashraf Muslim berkongsi kenangan mengenali dua selebriti tempatan yang meningg4l dunia baru-baru ini Allahy4rham Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Kata Ashraf, dia mengenali kedua-dua figura ini dan akui keperibadian mereka benar-benar menyenangkan banyak pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai projek.

“Kedua-duanya sahabat saya dan kami punyai sejarah bersama, pernah juga bekerja bersama-sama.

“Saya mengenali Ashraf daripada dia tak pandai bercakap bahasa Melayu lagi, berlakon dalam drama Renjis ketika itu dan pernah tinggal berjiran di Damansara Perdana suatu ketika dahulu.

“Harus saya nyatakan, arw4h seorang yang baik dan banyak membantu. Malah, dia juga tak lokek untuk bertanya dan meminta pertolongan.

“Sama juga seperti arw4h Abam yang pergi dalam keadaan diingati ramai… Kami pernah ada program bersama ketika bulan Ramadan dan sebagai sahabat saya, saya tahu sejauh mana baik dia,” kongsi Ashraf.

Ashraf yang ditemui pada majlis pelancaran Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui terkesan dan mendoakan kedua-duanya dicucuri rahmat.

“Kami pernah duduk bersama-sama dan gelak bersama suatu ketika dahulu namun takdir Allah menjemput mereka terlebih dahulu.

“Sama-sama kita doakan sahabat-sahabat saya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan Allah meringankan azab kubur,” tambahnya.

Abam terlebih dahulu meningg4l dunia pada 10 Februari lalu di rumahnya akibat dem4m panas.

Sementara Ashraf meningg4l dunia 18 Februari lalu kerana ser4ngan j4ntung di kediamnnya di Jakarta, Indonesia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu Lagi …” – Ashraf Muslim Dedah Siapa Sebenarnya Arw4h Ashraf Sinclair & Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*