“Subhanallah Merdunya” Netizen sebak dan terpegun dengar Alunan Azan Sharul Kamal.

Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal menarik perhatian netizen selepas mengalunkan azan di sebuah masjid di Mesir.
 
Difahamkan Sharul berada di Mesir sejak minggu lalu untuk menjalani penggambaran musim terbaru sebuah program travelogue.
 
Sedutan video azan yang dialunkan Shahrul itu dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi miliknya semalam.
 
Menurut Sharul, dia berasa gementar sebaik sahaja bilal masjid berkenaan memintanya untuk mengalunkan azan penuh.

“Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh,” tulisnya.

Ternyata sebaik sahaja netizen mendengar alunan tersebut, rata-ratanya memuji suara Sharul yang begitu merdu melaungkan azan.

Tidak kurang juga ada yang berasa sebak dan syahdu selepas mendeng4r laungan azan itu

SubhanaAllah… Sebak gila dengar kau azan kat situ dengan merdunya. Terima kasih share video ni #respect,” tulis @mrszhue

“Fuh… Meremang bulu roma dengar kau azan,” komen @muhamad_hadri.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2015.
Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Shell Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Subhanallah Merdunya” Netizen sebak dan terpegun dengar Alunan Azan Sharul Kamal."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*