“Semuanya real, mereka memang duduk atas saya” – Bella dedah kenapa sukar lakonkan watak dir0g0l 3 lelaki

PENGALAMAN berlakon sebagai mangsa rogo0l benar-benar menguji kemampuan pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Bella Dowanna.

Cerita Bella, 17, babak dirogo0l tiga lelaki menerusi filem M4M4 cukup menggelikan hingga wujud perasaan malu dan tidak selesa.

“Masa awal-awal ditawarkan untuk berlakon filem ini saya tak tahu ianya adalah mengenai kisah rogo0l. Selepas dah dapat skrip baharulah saya tahu ia filem yang tragis.

“Mula-mula saya sangat malu… sebab semuanya real. Mereka memang duduk atas saya tapi perasaan itu lebih kepada janggal, geli dan tak selesa. Tapi apabila difikirkan balik, semua itu lakonan saja.

“Sampai bila pula saya nak tolak job-job seperti ini? Jadi sebab itulah saya terima saja. Ia pengalaman buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu pelakon drama Budak Tebing ini berkata, dia berdepan pelbagai cabaran untuk membawa watak yang amat berat iaitu sebagai Alya.

Namun katanya dengan bantuan daripada pelakon berbakat besar seperti Nabila Huda, ia banyak membantu selain menyifatkan gandingan bersama aktres itu ibarat mimpi jadi kenyataan.

“Tak susah untuk bergandingan dengan Abil (Nabila) sebab dia memang idola dan dah lama saya berharap dapat berlakon dengan dia. Ia umpama mimpi jadi realiti. Yang susahnya berlakon filem ini adalah apabila saya terpaksa jadikan diri saya sebagai Alya.

“Saya tak pernah rasa kena rogo0l dan orang pun taknak rasa kena ro0gol sebab itu ia susah untuk saya. Parent saya cakap buat sajalah… itu semua lakonan. Mak saya sentiasa ada di set untuk teman.

“Sebenarnya takut jugalah kalau cikgu tengok… takut dan malu sebab nanti mereka cakap apa pula. Kawan-kawan dan cikgu akan faham cuma saya anggap mereka suka menyakat saja,” katanya.

Filem M4M4 yang turut menampilkan pelakon Eyra Hazali akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Februari ini.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "“Semuanya real, mereka memang duduk atas saya” – Bella dedah kenapa sukar lakonkan watak dir0g0l 3 lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*