Saya pilih lelaki yang bijak dalam perniagaan dan agama” – Joy Revfa bakal tamatkan zaman janda

TIDAK mahu terus memberi teka-teki, usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata, dia akan mended4hkan identiti jejaka tersebut pada hari pernikahan mereka.

Bagaimanapun, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini menjelaskan individu tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini.

“Ya… memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsi4kan sehingga hari pernikahan kami nanti.

Joy Revfa memberi bayangan bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Bukan apa… t4kut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk mer4hsiakan terlebih dahulu.

“Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan. Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini.

“Saya dengan bek4s kekasih sudah berp1sah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan,” kata Joy kepada mStar.

Joy diminta mengulas mengenai status laman sosialnya yang memberi gambaran bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Pada Jun tahun lalu, Joy pernah menimbulkan spekul4si di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seseorang yang dipercayai pelakon baharu.

Hubungan Joy dengan bek4s kekasih berakhir pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Joy memberitahu dia mahu pasangan hidupnya selepas ini seorang yang lebih terbuka dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam.

“Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami”, ujarnya.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun did4kwa tidak sah.

Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan tal4k satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Saya pilih lelaki yang bijak dalam perniagaan dan agama” – Joy Revfa bakal tamatkan zaman janda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*