Respon Win Dan Padu Dari Elly Mazlein Apabila Kena Tegur Terlampau Over Selepas Kahwin

Perkahwinan merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.

Sejak selamat bergelar isteri kepada cikgu Geografi, kehidupan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom semakin dilihat bahagia. Yelah selepas pelbagai liku kehidupan yang dilaluinya, akhirnya seorang lelaki yang bergelar suami hadir di dalam hidup pelakon tersebut.Segala aktivitinya sering dikongsi kepada peminatnya menerusi saluran ‘Youtube Channel‘ milik. Namun, perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang makcik bawang ini. Ini respon kelakar Kak Lina Pom Pom. Lawak sungguh!

 

Tidak berpuas hati dengan kebahagiaan ditonjolkan Kak Lina Pom Pom, makcik bawang ini meminta agar Kak Lina hentikan perkongsian mengenai rumah tangganya. Tambahnya lagi, pelakon ini terlebih gedik selepas kahwin. Dia turut akui meluat tengok Kak Lina yang sering mengedik-gedik katanya.

Walau bagaimanapun, makcik itu sudah memohon maaf selepas diserang netizen di ruangan komen. Menurutnya kejadi tersebut tidak akan berlaku lagi dan dia berasa kesal atas komen kasarnya.

Kak Lina membidas kembali kritikan dibuat makcik tersebut dengan caranya tersendiri. Pecah perut kami dengar. Walaupun video ini dibuat secara gurauan, namun ianya jelas ditujukan buat makcik tersebut agar tidak masuk campur hal dirinya.

Elly MazleinHeboran malam x berape menggu 🤣🤣🤣🤣🤣 Jgn tesembo maggi udoh 😂😂😂😜😜😜 Hey hey kamu mazenahhhh tinahhhh. Kita ni orang Perak tak suka gaduh-gaduh. Nak-nak kita ni dah campur orang Kelate. Tokse gaduh gaduh. Biarlah lelaki teman cium belakang tengkuk, dah lama tak merasa.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon itu yang menggayakan watak ala-ala ‘Minah’ di dalam drama bersiri Kampung People. Aduh lawak sungguh!

Sebuah rumah tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.

Sumber : iamellymazlein/OhBulan

Be the first to comment on "Respon Win Dan Padu Dari Elly Mazlein Apabila Kena Tegur Terlampau Over Selepas Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*