Mufti Wilayah Persekutuan, memuat naik nukilannya khas tentang Abam.

Pemergian Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau popular dengan nama Abam turut mendapat sanjungan ahli agama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini memuatnaik nukilannya khas tentang beliau Abam.

“Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang,” tulis beliau.

Dalam kiriman tersebut, beliau mengaitkan pemergian Abam dengan tanda pengakhiran yang baik.

Biarpun tidak sempat menziarahi beliau kerana kesibukan jadual ceramah, Dr Zulkifli mendakwa sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan Abam di media sosial.

Biarpun selepas seminggu pemergian Abam, namanya tidak lekang dari bibir orang ramai. Hal ini diperakui Dr Zulkifli sendiri sekaligus menyatakan ia adalah tanda penamat yang baik buat abam.

Beliau turut mengepilkan sebuah kisah pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai seseorang yang telah pergi dalam husnul khatimah.

Orang ramai adalah saksi Allah di muka bumi

Pujian orang ramai sebagai tanda keredhaan Allah terhadapnya

Apabila Allah kasihkan seorang , Dia jadikan semua makhluk kasihkan itu

Perkara sama akan berlaku di hari pengakhiran

Allah ilhamkan orang ramai memuji yang telah tiada sebagai tanda Allah mengkehendaki keampunan buatnya.

Sementara itu kata beliau, kehadiran solat yang ramai juga adalah petanda husnul khatimah.

“Kita baik ramai sayang”

Semoga kita semua dapat mencontohi Abam dalam kehidupan seharian.

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014.

Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato’ Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 – 7 Februari 1984), SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 – 30 September 1990), SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 – 16 Januari 1997), SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 – 15 Januari 2003), SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 – 15 Januari 2006) dan SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 – 20 Mac 2014).

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

SiakapKeli/DrZulkifli

Be the first to comment on "Mufti Wilayah Persekutuan, memuat naik nukilannya khas tentang Abam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*