Menangls Diatas Pentas,Ini Penampilan BCL Selepas Pemergian Ashraf Penuh Dvka!

Selepas hampir dua minggu pemergian allahayarham suami tercinta, Ashraf Sinclair, akhirnya penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali ke pentas bagi meneruskan kerjaya seninya.

Walaupun masih berduka, namun dia tetap bangkit dan mengenepikan segala rasa pedih kehilangan insan tersayang demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang anak seni.

Penampilan pertma selepas pemergian suami

Tampil penuh karisma di atas pentas, BCL nyata tersenyum manis ketika menyampaikan beberapa buah lagu dan nyatanya dia masih lagi terkesan dengan pemergian Ashraf apabila menitiskan air mata ketika penonton menghargai kebangkitannya.

Sebak ketika menjayakan persembahan

Menerusi gambar-gambar yang tular sejak malam tadi di media sosial, jelas terlihat BCL menahan rasa sebak apabila penonton dan rakan-rakan artis turut sama menyokongnya dalam melalui fasa sukar ini.

Namun, atas rasa profesional, BCL tetap meneruskan persembahan walaupun juraian air mata sudah membasahi pipinya.

Rakan artis turut sama menemani

Terlihat penyanyi-penyanyi Indonesia yang juga sahabatnya turut sama menemani BCL diatas pentas bagi memberikan semangat serta meredakan rasa sedih dihati wanita itu.

Gambar-gambar tersebut diambil semasa mereka menjayakan persembahan di SQ Dome untuk Friday Fusion yang berlangsung malam tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:OMM

Be the first to comment on "Menangls Diatas Pentas,Ini Penampilan BCL Selepas Pemergian Ashraf Penuh Dvka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*