“Kalau Ada Nanti Kita Akan Bagi Tahu.” Mira Filzah Komen Tentang G0sip Sedang Bercinta.

Desas-desus hubungan cinta pelakon popular Mira Filzah dengan seorang jejaka masih menjadi tanda tanya apabila wanita itu enggan mengulas perkara berkenaan.

Bagaimanapun, Mira atau Nur Amirah Filzah Boediman berkata, dia akan mended4hkan perkara itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

“Tak ada apa nak komen pun, InsyaAllah kalau benda tu official ke confirm ke, saya akan bagi tahu, saya tak akan sor0k.”

“Tak adalah tahu-tahu nikah. Kalau ada nanti kita akan bagi tahu.”

Nothing to reveal, sekarang,” jelasnya.

Mira berkolaborasi bersama Christy Ng bagi koleksi beg dan kasut koleksi raya.

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Mira mended4hkan sedang berkenalan dengan individu yang enggan dided4hkan identitinya serta bukan dalam kalangan penggiat industri seni.

Dalam pada itu, Mira berharap peminat dan orang ramai tidak memberikan sebarang andaian terhadap perkara itu.

Katanya, perkara itu hanya boleh dipercayai jika kenyataan tersebut keluar daripada dirinya sendiri.

“Mira berkawan dengan ramai orang. Tak semestinya bila kita keluar dengan orang itu, itulah orangnya.”

“Bagi Mira siapa yang nampak tu, nampaklah, yang tahu tu, tahulah.”

“Tapi selagi tak rasmi, tak keluar daripada mulut Mira sendiri, kita jangan buat andalan,” ujarnya.

Mira Filzah ketika ditemui dalam majlis pelancaran beg dan kasut koleksi raya kolaborasi bersama Christy Ng di Glasshouse Seputeh pada Khamis.

Mira teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lama.

Dalam pada itu, bercerita soal kerjaya Mira berkata, dia teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lama.

“Mira sebenarnya teringin nak berlakon dengan pelakon-pelakon lama seperti Redza Minhat, Datuk Rosham Nor.”

“Bagi Mira, pelakon lama dan baru sebenarnya sama sahaja. Tetapi, orang lama dalam industri ni banyak benda kita boleh belajar, sebab mereka lebih berpengalaman,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Kalau Ada Nanti Kita Akan Bagi Tahu.” Mira Filzah Komen Tentang G0sip Sedang Bercinta."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*