Gambr Nadia BryanBerkemban Di Sungai Dpt Tegvran Hebat. Ni Resp0nd Suaml Nadia Tentang Isv Istri Dia

Pelakon Nadia Brian tidak mempunyai masalah untuk berkembandalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda kerana ingin melengkapan jalan cerita.

 

Jelas Nadia, dia hanya ingin mengikut latar masa filem itu iaitu pada tahun tahun 1950.

“Pada tahun 1950-an, berkembandi sungai adalah biasa jadi kalau tak buat tak nampak real pula sebab itu saya cuba buat babak itu nampak lebih baik.

“Mula-mulanya tiada babakberkemban dalam sungai tapi atas kehendak abang Bade yang mahu ikut latar masa filem itu, jadi berkemban saja yang sesuai.

“Babak itu masih bersesuaian, dia tidak lah terlampau menonjol masih mengikut standard,” katanya kepada Gem pak.

KOMEN SUAMI NADIA

Nadia telah ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di mmCineplexes, e-Curve, Damansara.

Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian menyatakan suaminya, Muizz Nasruddin sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan karier seninya.

“Suami pula sentiasa menyokong kerjaya saya, kami tengok sama-sama semasa tayangan perdana dan dia tidak kisah mengenai babak itu.

“Dia bangga dengan saya kerana berjaya membawa karakter filem tersebut. Kalau tak buat, jalan cerita tu nampak tak lengkap”

“Selain itu, saya juga kena golekkan diri dan terjun ke kawasan gaung tanpa sebarang bantuan daripada pelakon aksi.

“Semua itu merupakan pengalaman yang berharga buat saya sepanjang bergelar anak seni,” ujarnya lagi.

Selain Nadia sebagai teraju utama, filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon hebat yang lain antaranya Amar Ashraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Octavia Manrose, Eyra Hazali dan penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Firman Siagian.

Filem arahan Bade Hj. Azmi itu akan memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 27 Februari.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Gambr Nadia BryanBerkemban Di Sungai Dpt Tegvran Hebat. Ni Resp0nd Suaml Nadia Tentang Isv Istri Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*