GADIS TRIVAGO MENCERITAKAN WAKTU BERKAHWIN DAPAT BERJUTA SEBENARNYA. MEMANG BUKAN BIASA BIASA RUPANYA DIA

Jika sebelum ini anda selalu menonton televisyen atau menonton video di youtube pasti setiap hari anda akan melihat wajahnya dalam iklan Trivago. Gadis Trivago atau “Talent Trivago” ini sebenarnya bukan calang-calang orang.

Namun selepas empat tahun, akhirnya pengacara HLive, Dahlia Shazwan mengumumkan meninggalkan peranannya sebagai wajah Trivago.

Personaliti tinggi lampai atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro. Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012.

Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan bererti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ.

Dahlia sebelum akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri.

“Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal to the best role i have ever done, menjadi Miss Trivago Malaysia. 4 years guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago.

Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history!” tulisnya.

Dahlia berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu lagi, dia turut memuat naik foto perjalanannya sebagai Ms Trivago. Dahlia yang kini ibu kepada seorang anak bernama Freda, 1, turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya.

Malah banyak pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang menjadi wanita yang pernah tular menerusi iklan-iklan Trivago. Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap.

DITAJA SEHINGGA RM10 JUTA UNTUK PERKAHWINAN

Untuk rekod, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016 dengan anak kepada Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.

Datuk Ismet Suki. Suaminya, Shafiq Ismet merupakan seorang eksekutif pemasaran. Apa yang menarik semasa perkahwinan, mereka mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan.

Boleh follow Dahlia Shazwan di instagram – Instagram Dahlia Shazwan.

Berikut di bawah adalah biodata penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan. Nama penuh: Dahlia Shazwan binti Mohd Amin. Nama Komersil: Dahlia Shazwan. Tarikh Lahir: 1 Jun 1988 Asal: Kuala Lumpur. Status: Berkahwin. Pendidikan: Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Suami: Shafiq Ismet

Sumber : rotiplanta

Be the first to comment on "GADIS TRIVAGO MENCERITAKAN WAKTU BERKAHWIN DAPAT BERJUTA SEBENARNYA. MEMANG BUKAN BIASA BIASA RUPANYA DIA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*