Duduk bersila kongsi derita, Eina Azman masuk kampung bantu keluarga susah

Tindakan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang tampil membantu tiga keluarga kurang kemampuan mengundang perhatian pengikutnya di laman Instagram.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkongsi sebuah video ketika menziarahi keluarga terbabit di sekitar Kelantan.

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila melihat keadaan daif dan serba kekurangan keluarga berkenaan.

“Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka. Buat anda yang mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan,” tulisnya.

Menerusi rakaman video tersebut, Eina yang sinonim dengan kehidupan serba mewah tidak kekok beramah mesra dan melayan ahli keluarga yang terlibat termasuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau juga kelihatan duduk bersembang di atas lantai sambil berbual santai dengan tuan rumah serta menghulurkan makanan untuk anak-anak kecil.

Posting berkenaan dihujani pujian netizen yang kebanyakannya kagum dengan sifat prihatin dan pemurah Eina dalam membantu golongan susah.

‘Beautiful heart & beautiful face’

Mulianya hati datin

Semoga dimurahkan rezeki

Dah la cantik, baik pulak tu!

Sumber ; Eina Azman

Be the first to comment on "Duduk bersila kongsi derita, Eina Azman masuk kampung bantu keluarga susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*