Drama politik negara, 3 artis ini mula beri pandangan

Penyanyi Aishah mengaku drama politik yang tercetus sejak Ahad menjadi semakin menarik untuk diikuti perkembanganya.

Pun begitu, Aishah, 55, berkata, biarlah apa jua situasi politik berlaku dalam negara, semuanya diharapkan agar selesai dengan secepat mungkin.

“Seboleh-bolehnya cepat selesaikan. Selepas itu fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk rakyat. Beri apa rakyat nak,” katanya kepada Malaysiakini.
Iklan
Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu pada masa sama menyatakan kebimbangannya sekiranya negara ini jatuh pada tangan ahli politik yang salah.

“Sudah tentu jahanamlah. Kalau dah dia asyik fikir diri sendiri dan karier politik semata-mata susahlah.

“Sedangkan kita nak pemimpin politik yang boleh bantu rakyat, bukannya kejar wang dan kuasa,” katanya yang bergiat bersama Amanah.

Penyanyi Kemaafan D3ndam Yang Terindah itu berkata, pada awal apa yang berlaku memang membingungkan fikirannya, namun situasi itu berubah semakin jelas apabila setiap pemimpin politik yang terbabit sudah berani menonjolkan sifat mereka yang sebenar.

“Ia menarik, sangat menarik walaupun pada awal ia amat memeningkan kepala kerana susah nak baca apa berlaku. Tapi sekarang sudah semakin jelas, kita boleh tahu siapa sebenar ahli politik yang ini atau yang itu.

“Lebih jelas kerana sudah tahu who is doing what. Saya harap, bila sudah ada pemimpin baru, dia boleh nampak siapa yang boleh diharapkan, dan siapa tidak selepas ni,” katanya.

Istana Negara terus menjadi tumpuan ketika Agong menemu bual seorang demi seorang ahli parlimen.
Senario politik diteruskan hari ini, dengan Dr Mahathir Mohamad, meneruskan tugas beliau sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri dan kabinet yang baru.

Landskap politik negara berubah selepas kerajaan PH dibubarkan secara automatik susulan perkembangan drastik BN dan PAS dalam usaha penjajaran semula kuasa dengan gabungan Perikatan Nasional direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH.

Mahathir pula dikatakan mencadangkan agar kerajaan perpaduan – iaitu tanpa parti-parti politik – diwujudkan.

Bersatu mengisytiharkan ‘bercerai’ daripada sekutunya dalam PH menyaksikan gabungan itu kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Awie harap ekonomi pulih

Vokalis Wings, Awie pula berkata, dia yakin dengan niat dan misi Dr Mahathir yang ingin membangunkan ekonomi serta membersihkan negara daripada imej rasuah.

Bagaimanapun, menurutnya, usaha tersebut tidak dapat dilihat oleh individu yang bekerja dalam satu kelompok dengannya sebelum ini.

“Bila saya lihat kembali Dr Mahathir menghiasi politik dengan menjadi perdana menteri, saya jangka beliau akan dapat bersihkan kemelut dan nama negara.

“Saya tak cakap pemerintahan terdahulu tu tervk. Tapi saya percaya misi dijalankan Dr Mahathir sangat penting, cuma sayangnya, mereka yang berada di bawahnya tak dapat lihat apa beliau lihat,” katanya.

Mengulas gabungan Perikatan Nasional – sekiranya menjadi kenyataan – kata pemilik nama asal Ahmad Azhar Othman itu, dia bersetuju demi kebaikan Melayu.

“Ni perkara penting kepada orang Melayu. Buka mata, ambil iktibar apa berlaku sebelum ni,” katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud di sebaliknya.

Penyanyi Harapan itu juga menyatakan harapannya agar perubahan politik dalam negara dapat memulihkan ekonomi negara seperti suatu ketika dulu.

“Berharap sangat ada hikmah di sebalik apa berlaku, terutama ekonomi negara kembali pulih. Saya nak lihat matawang kita jauh naik melebihi Singapura,” katanya.

Macam undang-undang r1mba – Zed

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berharap konflik politik yang sedang segera pvlih demi kebaikan rakyat.

Katanya, keadaan negara sekarang boleh diibaratkan seperti menggunakan undang-undang r1imba.

“Saya berharap supaya politik berada di landasan, kembali normal. Sekarang kita tak normal, sepatutnya rule of law tapi dah jadi rule of jungle. Ni yang buat rakyat rasa nak m4rah,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Rozaidi Abd Jamil itu berharap perubahan tampuk pimpinan politik dalam negara diharapkan dapat memberi faedah kepada penggiat industri seni.

Katanya, kerajaan baru nanti harus mengambil iktibar dan tidak memberi janji-janji kosong sama seperti PH yang mengabaikan anak seni.

“Lantiklah orang yang boleh buat kerja, bukan diri rasa bagus. Kerajaan letak individu yang konon pandai, tapi tak pandai pula.

“Harap kerajaan baru nanti ambil kira keluhan rakyat khusus penggiat seni,” katanya.

Sebelum ini Zed Zaidi didakwa s3bar berita palsv

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini kerana menyebarkan berita palsu berkaitan penvlaran COV1ID-19 menerusi laman sosial, bulan lalu.

Bagaimanapun, Zed atau nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil, mengaku tidak bersal4h selepas pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Kes3ksaan dibacakan di hadapan Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho.

Seksyen itu memperuntukkan hvkuman d3nda atau p3njara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertvduhan, Zed didakwa menggunakan aplikasi twitter dengan akaun rozaidijamil dengan niat menyebabkan keg3ntaran awam, justeru dikhuatiri mungkin terdorong mana-mana individu melakukan kes4lahan terhadap ket3nteraman awam.

Pelakon tersebut didakwa berkongsi berita palsv berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has bann3d Chinese tourist except Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12.51 tengah hari, 27 Januari lalu dan dik3san oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 10.30 pagi, 29 Januari lalu.

Mahkamah membenarkan tertvduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.

Be the first to comment on "Drama politik negara, 3 artis ini mula beri pandangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*